Memandangkan bulan puasa pun dah dekat, aku cepat2 menggantikan puasa yang belum kuganti lagi.Hari ni masuk hari keempat kuberpuasa.Syukur alhamdulillah anak mama dalam kandungan kuat mengharunginya.Ku harap apabila tiba bulan puasa nanti ku dapat puasa penuh, insyaallah..
Hasrat hati sebenarnya nak ganti puasa dr awal lagi tetapi disebabkan keadaanku yang tidak mengizinkan (asyik muntah2, pening alahan mengandung),ku tunda... dan kini hasrat terlaksana.. Ya Allah , kuatkanlah semangatku menghabiskan ganti puasaku ini lagi 3 hari sahaja.
Buat suamiku: Abg mmg suami yang baik.. kasihan melihatku berpuasa, beliau turut berpuasa bersama..Katanya ingin berkongsi segala2nya bersama denganku..Terima Kasih sayang..
Ya Allah terima kasih kerana mengurniakankanku seorang suami yang baik dan penyayang.
-Qaseh Kita-
-Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment