Sunday, February 26, 2012

PERMINTAAN QASEH SYUHADA


Inilah biliknya sekrang..anakku ni memang minat sangat2 dengan "PINK COLOUR" tak tau kenapa sedangkan ku, pink bukanlah warna kegemaranku..

Kalau boleh semuanya pink.. sampai nak ke tadika, suruh carikan baju dan sekolah pink.. hahah.. jenuh ler..

Semlam My Qaseh Syuhada memujuk ku dan suami supaya cat kan biliknya berwarna pink..

Ku dan suami masih mempertimbangkan kehendaknya itu.. Maklumlah ini melibatkan kos.. Ekonomi mama dan abah tengah down ni.. heheh..

Ku hanya mampu memujuk anakku

"Insyaallah sayang.. kalu ada rezeki lebih mama cat kan yer nak... Kakak doakan rezeki keluarga kita murah yer..., Qaseh pun menjawab.. yer mama"

Ku dengan suami mmg ada plan nak tunaikan hasratnya itu.. sayang anak2ku, cuma masih menunggu msa yang sesuai.. bila ekonomi keluarga dah ok sikit.. hehhe

-Qaseh Kita-

KERJA OH KERJA



Haha.. entahlah sejak sebulan ni semuanya menjadi kelam kabut sikit.. Bukan apa, rasanya dalam bulan ni ku dan suami belum lagi rasanya kita dapat cuti hari yang sama.. asyik2, kalau ku cuti shift, my hubby pulak yang baru start shift.. nak harap berjumpa kalau salah sorg antara kami cuti shift.... Tp itulah, bila nak ada msanya nak balik kampung...Ku pun hanya call jer ibu ngan ayah, mujur mereka memahami dan x pernah mendesak langsung.Mertuaku juga baik hati alhamdulillah baru ni ada singgah umah tgk Sofea dan Syuhada dan suami yang kebetulan menghadiri majlis kenduri, cumaku sahaja yg tak sempat jumpa mak abah sebab kerja..

Kerja oh kerja...Tp syukurlah belumlah lagi terabai masa untuk anak2..Ku dan suami pastikan kita mesti ada quality time untuk anak2...




-Qaseh Kita-

Friday, February 24, 2012

MY SOFEA SEMAKIN BESAR, BIJAK DAN MANJA

Anak2 adalah buah hati ibu bapanya , begitulah juga dengan My Syuhada dan My Sofea. Renungan ke arah Sofea.. terkenang2 saat melahirkan dia... sekejap anak mama dah besar... Dah naik walker sekarang. Umur Sofea pun dah menangkau 5 bulan...tak lama lagi masuk 6 bulan.
Tengok tu kasutnya pun dah semakin ketat.. Nampaknya bulan depan memang x boleh pakai dah kasut ni..takper mama akan simpan utk adik Sofea pulak nanti ..insyaallah kalau ada rezeki 3 tau 4 tahun lagi.. hahaha.Kasut ni mmg turun temurun dr kakaknya...Syuhada.
Panggil jer nama "Sofea" dia akan terus menenung kita wp masa tu dia sedang menonton tv..
Inilah cerita terbarunya malam tadi..Nak dijadikan cerita Syuhada teringin nak makan Mc D, so sebab kesian bawak jugaklah dia ke Drive thru beli Cheese Burger kesukaannya tu.So sewaktu order makanan, ku dah perasan dah kenapa Sofea menenung muka ku dengan penuh kusyuk..mungkin dia melihay k bercakap agaknya..
Tak pelah setelah makanan sampai, ku pun minta air milo sikit kat Syuhada.. macam biasa.. mula2 akan suap air kepada abahnya dulu, kemudian padaku, then baru syuhada..ku perasan Sofea masih memerhati apa yang kami lakukan,,then lepas tu aku lagi yg minum air, bila ku lepaskan straw.. dengan cepatnya dia pun nak sedut straw tu..
Sofea semakin bijak..Dia sudah mula meniru org disekeliling nya wlpun usianya baru 5 bulan.. Mulanya ku ingatkan itu secara kebetulan...Then sesampainya dirumah , ku terus bancuhkan biskut nestumnya..sebab ku rasa mungkin anakku ni lapar, wp dia baru jer sudah menyusu dengan lamanya..Dia atas walkernya, ku suap makan.. Sofea pun makanlah.. Teringat pulak Syuhada..Ku pun bukakan Cheese burgernya sambil menyuap Syuhada yg leka main dengan anak patung barunya..Then ku suap pula Sofea biskut nestumnya.. tiba2 dia menangis dan pandang terus ke arah cheese burger..Alamak...
Bilaku pegang Chese burger tu dan unjurkan ke arahnya..dia diam dan excited dengan nganga seolah2 nak makan cheese burger itu...mungkin ker dia tertarik dengan wrap buger yg bewarna kuning?. then bila nak suapkan nestum semula dia nangis..then aku pun cubitkan sedikit roti burger tu dan campurkan dengan sedikit air suap ke mulutnya punya seronok Sofea.. Bila nampak kakaknya meyuapkan laagi burger ke dalam mulut dia pandang padaku dan burger itu silih berganti sambil buat gaya mengunyah2 sesuatu di dalam mulut.dan bila ku buat x tahu dan cuba menyuapkan nestumnya kembali dia akan menangis dan merengek manja ..menghentakkan kakinya di dalam walker sambil menghinjut2kan badan, matanya pula fokus pada cheese burger tanpa wrap di tangan kakaknya.. So apa maknanya?.... OMG....Sofea, Sofea.
-Qaseh Kita-

Thursday, February 23, 2012

QASEH SYUHADA DAN WALKERNYA

Agaknya mengenang masa lalunya naik walker..Qaseh Syuhada mama pun naik walker yang sepatutnya dnaikki oleh adiknya, Sofea kini..
Macam2 ragamnya..lebih dari adiknya...bertambah2 manja dan bertambah2 buat perangai.. tp ku paham dia dalam tempoh menyesuaikan dirinya yang kini bergelar kakak.. makumlah sebelum ni dia seorang.. layanan hanya tertumpu padanya sebelum ni..ku sepatutnya memberikan dia masa untuk menyesuaikan diri..hahah..
kreativiti dia,tgk tu .. ku marahi dia sebab naik walker yg sepatutnya Sofea naiki..tgk ..apa katanya
Mama: kakak, keluarlah dr walker tu, nanti rosak.. kakak dah besar nak..
Qaseh Syuhada: Ala kakak nak naik jugak.. Kakak kongsi dgn adik..
Mama: Apa pulak tu yg kak cuba buat ngan payung tu.. naik walker lagi..
Qaseh Syuhada: Kakak nak jual ais krimlah mama...yg macam kat luar tu "Padle Pop"
Mama:Mula blur dan tergelak..dalam hati kata: bijak jugak budak ni.. tinggi imaginasinya..
-Qaseh Kita-

Qaseh Syuhada dan Abg Fizi

2 budak tengok kartun...
Baik hati dan terima kasih kat abg Fizi sebab datang jenguk Qaseh demam.. Qaseh seronok ada kawan yang caring kat dia..Abg Fizi ni anak mamaAna Qaseh.. Qaseh slalu kata Abg Fizi tu abg dia ngan kak Zirah(yg juga anak mamaAna)
-Qaseh Kita-

Monday, February 20, 2012

Susu Ibu Foremilk and Hindmilk

Tips drpd mommyiskandar yang amat berguna.


Susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:... Susu awal (foremilk) - Susu agak cair, kandungan air tinggi, kandungan lemak rendah - menghilangkan dahagaSusu akhir (hindmilk). Susu lebih pekat, kandungan air rendah, kandngan lemak tinggi - mengenyangkanApabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.Justeru, ibu-ibu perlu tahu informasi ini dan menyusukan anak sekurang-kurangnya 15-20minit sebelum berpindah ke payudara satu lagi. Ini kerana, jika ibu menyusu sekejap sahaja di payudara kanan, dan terus berpindah ke payudara kiri, bayi hanya mendapat susu yang agak cair, sekadar menghilangkan dahaganya, tetapi tidak mengenyangkan. Sebab itu jugalah, adakalanya ibu merungut, "anak saya menyusu badan, tapi beratnya tak naik dan badan kecil jer.." Selain ibu yang kurang menjaga nutrisi dalam pengambilan makanan berzat, cara memberi susu kepada anak juga sangat mempengaruhi tumbesaran anak. Pastikan bayi menyusu sehingga payudara betul-betul dikosongkan, bagi mendapat khasiat sepenuhnya.Mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat kepada anda semua..
-Qaseh Kita-

Saturday, February 18, 2012

DZMS AND QASEH


INILAH GAMBAR YG DIAMBIL DI DZMS TEMPOHARI

-Qaseh Kita-

RAGAM MENYUSU ANAK-ANAK

Anakku sofea (5 bulan) makin menjadi2 ..banyak betul akalnya.. dia kini makin menjadi2 hanya nak menyusu badan dengan cara "laying BF" gini.. sabar jerlah kalau dengan cara duduk mmg dia akan mengamuk sambil menendang2 kakinya.. Yang paling susahnya kalau kita berjalan dan menghadiri kenduri kendara sahabat dan keluarga.. Ahh.. jenuh. kalau kat rumah family gagah ler lagi nak mintak tumpang bilik sekejap.. kalau rumah orang lain OMG..camner nak buat?Kat dalam kereta pun susak..Jenuh pujuknya.. at last mama baring jugak kat seat blakang kreta...Kalau mama dia takder pergi kerja, pandai pulak dia hisap botol susu yang diperah... Makin manja Sofeaku ini..
Ini cerita si kakaknya pulak , bulan 9 tahun ni masuk 4 tahun, makin menjadi2 jugak BF, Tp of couselah ku lebih prioritykan yang bongsu.. tp itulah kejap2 mengengek nak BF.. susu botol taknak.. ku hanya berjaya menyumbatnya susu botol ketika dia lali dalam tido...
Anak2.. berbagai ragamnya..
Apa pun xpelah ... janji anakku sihat.. dan mama sayang anak2 mama...

-Qaseh Kita-..

Demam dan sakit2 badan


Oh, hari ni ku pula demam.. Ya Allah rasa tak larat sangat... tapi ku kuatkan semangat kerana anak dan suami yang juga letih baru balik kerja malam...Mujurlah suami memahami.. apabila ku tidak menyediakan sarapan pagini.. Beliau turun ke dapur lagi masakkan nasik goreng cara arwah toknya(rindu arwah tok katanya).Mujurlah hari ni tiada kerja rumah yang nak dibuat.. Semua settle.. Itulah bagusnya kalau dalam diri sendiri semua dititik beratkan disiplin dari awal..So tiada kerja tambahan apabila masing2 tahu tanggungjawab masing2..Fuhh.. Lega, Alhamdulillah
Rumah bersih.. hati pun tenang
-Qaseh Kita-

Tuesday, February 14, 2012

Headband dan Qaseh2 mama

Dah lama sebenarnya niatku nak beli headband kat anak2ku.. headband kat pasaran agak ketat dan x berapa best.. then baru2 ni ku terjumpa member FB yang boleh buat headband ku tempah.. tenyata headbandnya bukan sahaja menarik, materiallnya pun bagus yang paling best.. anak2 ku selesa memakainya.
-Qaseh Kita-