JOM FOLLOW ME

Friday, July 24, 2009

Breastfeeding Photo Contest 2009


Menyusu di Tempat Awam

Nama ibu: Wan Fazlihanis Shila Binti Mohd Sayid(mamaQaseh)

Nama anak: Qaseh Nur Alya Syuhada Binti Muhamad Hafizd

Tarikh lahir anak: 12/9/2008

Umur anak semasa foto diambil: 10 bulan 1 minggu, 5 hari

Lokasi: Taman permainan berdekatan rumah


Tujuan saya masuk pertandingan ini sebenarnya adalah kerana saya menyedari betapa pentingnya susu ibu dan penyusuan bayi di khalayak umum dan masyarakat.


Bercerita tentang breastfeeding ni,banyak betul perkara yang melucukan terutama lagi bila melihat telatah anak bila ingin menyusu.Qaseh (anak kami) merupakan anak pertama kami.


Saya juga belum pernah ada pengalaman menjaga bayi dan mempunyai adik kecil.Bila dah mempunyai anak sendiri, gelagatnya begitu mencuit hati terutama bila ingin menyusu. Sewaktu di rumah, sewaktu menonton tv dalam keadaan baring, mahupun duduk di sofa,apabila dia ingin menyusu mulalah dia merengek bermacam2 gaya menyusu dibuatnya.Menyusu secara berdirilah, duduklah,memanjatlah,namun saya amat gembira apabila dapat menyusukannya.


Qaseh bila ingin menyusu, dia mula menyembamkan mukanya di dada saya,selagi belum dapat menyusu, dia akan merengek dan menangis,tak kirah pada waktu tersebut saya berada di pasaraya, rumah kenduri ataupun di tempat-tempat awam. Kita sebagai ibu pastinya tersentuh dan kasihan dan saya pasti akan menyusukannya dengan bantuan suami.

Mujurlah saya mendapat seorang suami yang benar-benar memahami dan menyokong penyusuan bayi.


Sekiranya pada masa tersebut kita berada di pasaraya,bolehlah saya menyusukannya di bilik penyusuan (seperti yg terdapat di tesco) dan surau. Tapi sekiranya berada di taman permainan, dan kereta pula terletak jauh dari kawasan tersebut, bantuan suami amatlah diperlukan untuk melindungi saya semasa menyusukan anak, ataupun kita menyusukan anak di tempat yang agak tersorok dan kurang orang ramai terutama sekali apabila saya memakai pakaian yang kurang sesuai untuk menyusukan bayi.



Qaseh bila letih bermain, dia pasti merengek nak menyusu....gambar ni diambil semalam di taman permainan kawasan perumahan kami.Memandangkan jarak rumah dan taman permainan ini agak jauh, seperti biasa saya akan menyusukan Qaseh juga dan saya berpendapat menyusukan anak walaupun di khalayak umum, ia adalah sesuatu yang normal kerana kesedaran betapa pentingnya susu ibu dan penyusuan bayi dan yang paling penting kita perlu bijak memilih tempat dan pakaian yang sesuai semasa menyusukan bayi. Dorongan dan sokongan suami juga adalah penting.



Puas hati Qaseh dah dapat menyusu..lepas ni boleh sambung main lagi.

No comments: