JOM FOLLOW ME

Thursday, June 14, 2012

MAKANAN BAYI 6 HINGGA SETAHUN

• RESEPI MASAKAN KENTANG


o Bahan-bahan

2. Sebiji kentang

3. Sekeping keju cheddar

4. 1-2 pokok brokoli

5. 2-3 sudu air suam,susu ibu atau formula

o Cara membuatnya

7. Bersihkan kentang,rebus dengan kulitnya hingga empuk

8. Rebus brokoli hingga masak.

9. Siat kulit kentang,potong kecil

10. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar. Kisar hingga halus berkrim.

(sesuai untuk bayi 8 bulan ke atas)



BUBUR NASI

o Bahan-bahan

12. Beras (bersihkan)

13. Ikan segar (dibuang tulang) / ikan bilis

14. Sehelai daun saderi / cellery

15. Secawan air

o Cara membuatnya

17. Rebuskan beras.

18. Ikan dipotong kecil,jika guna ikan bilis,rendam selama 5minit utk mengeluarkan kandungan garam.

19. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam nasi.

20. Potong daun saderi / batang cellery kecil-kecil. Didihkan hingga masak.

21. Pastikan sukatan & tekstur hidangan sesuai mengikut usia.



RESEPI KENTANG,LOBAK & PIS BERSUSU

o Bahan-bahan

23. 1/4 biji kentang (potong dadu)

24. 1/2-sebiji lobak merah (potong dadu)

25. 1 sudu kacang pis sejukbeku

26. 2 cawan air

27. 2 sudu susu ibu/formula/susu segar

o Cara membuatnya

29. Rebus kentang & lobak dengan api kecil hingga empuk.

30. Kemudian masukkan kacang pis.

31. Didihkan,masukkan susu & kacau.

32. Masak. Lenyek untuk bayi 8bulan ke atas. Kisar halus untuk bayi 6bulan.



BUBUR TAUHU,BROKOLI,LOBAK & AYAM

o Bahan-bahan

34. 1 sudu nasi

35. 1/4 kepingan tauhu

36. Kepingan dada ayam (potong dadu)

37. Lobak merah (dihiris)

38. 2 pokok kecil brokoli

o Cara membuatnya

40. Kukus kesemua bahan.

41. Kisar mengikut tekstur yang sesuai. (Sesuai untuk bayi 8bulan ke atas)



BUBUR NASI & KURMA

o Bahan-bahan

43. 2 sudu nasi yang telah dimasak

44. Beberapa biji kurma (buang biji)

45. 1/4 cawan air suam

o Cara membuatnya

47. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.

48. Kisar sebelum dihidangkan.



SUP KOBIS BUNGA DAN KENTANG

o Bahan-bahan

50. 1/4 Kobis bunga (potong kecil)

51. 1 biji kentang (potong dadu)

52. Ikan bilis (ditumbuk halus)

53. 5 cawan air

o Cara membuatnya

55. Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk,masak dengan api sederhana.

56. Didihkan,tutup periuk.

57. Masak untuk selama lebih kurang 20min.

58. Kisar halus dan hidang.



(diolah dari hannakids.blogspot.com)

KENTANG LECEK (sesuai utk setahun ke atas)

o Bahan-bahan

60. 6 biji kentang saiz sederhana (dikupas,potong dadu)

61. 1/4 cawan mentega

62. 3/4 sudu teh garam

63. Lada sulah secukup rasa

64. 1/2 cawan susu (susu ibu,formula,susu segar)

o Cara membuatnya

66. Rebus kentang hingga empuk. Toskan.

67. Masukkan susu,mentega,garam & lada sulah. Lecek/kisar hingga lembut & berkrim.



STRAWBERRY SHAKE

o Bahan-bahan

69. 1 cawan yogurt strawberry (plain/full fat)

70. 1 cawan buah strawberry

71. 1/2 cawan susu (susu ibu,formula,susu segar)

o Cara membuatnya

73. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar,kisar hingga halus berkrim.

74. Juga boleh digantikan dgn buah-buah lain mengikut selera anak anda



SUP KRIM BROKOLI

Bahan-bahan:

75. 250gm brokoli - dipotong

76. 100gm bawang besar

77. 50gm leek

78. 50gm seleri1 helai daun salam (bay leaf)

79. 30ml krim masakan

80. Air rebusan sayur secukupnya

81. Garam dan serbuk ladaputih secukup rasa

82. Minyak zaitun untuk menumis

o Cara membuat:

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang besar, leek, seleri dan daun salam sehingga naik bau.

2. Kemudian masukkan brokoli dan kacau rata sehingga masak.

3. Seterusnya masukkan air rebusan sayur dan biarkan mendidih. Sejukkan seketika.

4. Setelah itu, masukkan bahan tumis tadi ke dalam mesin pengisar. Kisar sehingga hancur dan sebati.

5. Kemudian tuangkan ke dalam periuk dan didihkan.6. Akhir sekali, masukkan krim masakan dan perasakan dengan garam dan serbuk lada putih. Kacau sebati dan sedia untuk dihidangkan.

(sedap dihidang bersama roti bakar,roti bawang putih)




-Qaseh Kita-

1 comment:

Adlin✿Kyra♥Kyreen Moms✿ said...

wahh leh try ni hehehhe ... thanks sudi BW kat page kita ...