1. IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDIKIT (mengandungi merkuri kurang dari 0,09 ppm) Jenis ikan ini masih boleh dinikmati bila-bila masa kerana mengandungi merkuri dalam jumlah kecil, seperti ikan teri, ikan keli, udang, ikan salmon baik yang kalengan maupun yang fresh, ikan nila, ikan putih, ikan trout air tawar, ikan whiting dan ikan makerel dari atlantik utara.
2. IKAN DGN KADAR MERKURI YANG SEDANG(mengandungi merkuri 0,09-0,29 ppm) Jenis ikan ini masih boleh diambil 6 kali atau kurang dalam masa 1 bulan. Jenis ikannya adalah ikan cod dari alaska, ikan halibut dari atlantik dan pasifik, lobster, tuna kalengan, ikan cakalang dan ikan trout laut (weakfish).
3. IKAN DGN KADAR MERKURI TINGGI (mengandungi merkuri 0,3-0,49 ppm) Jenis ikan ini masih boleh diambil tapi maksimum 3 kali atau kurang dalam masa 1 bulan. Jenis ikannya adalah ikan kerapu, ikan makarel dari spanyol, ikan tuna kuning, ikan sea bass dan bluefish
4. IKAN DGN KADAR MERKURI TERTINGGI (mengandungi merkuri lebih dari 0,5 ppm) Masyarakat sebaiknya mengelakkan jenis ikan ini kerana ia mengandungi kadar merkuri yang sangat tinggi, seperti ikan makarel raja, ikan marlin, ikan yu, ikan todak, tilefish, dan ikan orange roughy. KESAN dari merkuri ini boleh menyebabkan:
1. gangguan perkembangan saraf (neurologi) pada janin, bayi dan kanak-kanak.
2. mengganggu kemampuan kognitif, ingatan, perhatian, bahasa, motorik halus dan kemampuan visual spasial. Umumnya sistem saraf janin lebih terdedah kepada paparan merkuri berbanding saraf dewasa, oleh itu ibu hamil sangat digalakkan memilih pengambilan ikan yang tepat.
3. penurunan kemampuan visual, gangguan dalam sensasi atau deria perasa (biasanya di tangan, kaki dan sekitar mulut),
4. berkurangnya koordinasi gerakan, penurunan kemampuan bicara, mendengar, berjalan dan kelemahan otot.
5. penyakit saraf yang diketahui akibat dari keracunan merkuri adalah penyakit Minamata.
CARA TERBAIK MEMASAK IKAN
Cara kita memasak ikan adalah AMAT PENTING untuk mengurangkan konsumi merkuri di dalam badan. Kertas Kajian menyarankan adalah lebih baik ikan di STIM atau REBUS daripada di goreng, bakar atau panggang. Namum penyediaan seperti keropok merubah kandungan merkuri lantas masih selamat untuk di makan (kadar merkuri rendah selepas penyediaan)
FDA (Food and Drug Administration) Amerika Syarikat memberikan 3 cadangan yang boleh dilakukan masyarakat agar tetap boleh mengambil ikan dan mendapatkan manfaatnya tapi mengurangkan pendedahan merkuri iaitu:
• Jangan mengambil ikan yang tergolong memiliki kadar merkuri tinggi.
• Makanlah dua kali dalam seminggu variasi ikan yang tergolong mengandungi merkuri rendah.
• Ketahui laporan mengenai keselamatan dan kandungan merkuri dalam ikan yang ditangkap dari tasik, sungai atau kawasan pesisir sekitar. Jika tidak ada laporan atau cadangan yang diberikan, maka konsumsilah ikan seminggu sekali.
-Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment