JOM FOLLOW ME

Tuesday, June 14, 2011

AKAR SITI FATIMAH DAN BUAH ZURIAT

Akar Siti Fatimah


Akar siti fatimah atau lebih dikenali oleh selusuh siti fatimah biasanya digunakan semasa menjelang waktu ingin melahirkan (ketika sudah merasa sakit bersalin) oleh sebilangan masyarakat arab dan juga orang melayu kita juga, Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari.

Tapi kita manusia hanya mampu berusaha.. segala2nya dari Allah..


Sebenarnya ku baru sahaja dapat bunga ni daripada sahabat baikku Syafiza Ishak yang mengirim bunga ni daripada neneknya yang baru sahaja balik daripada menunaikan umrah.

Alhamdulillah,dapat jugak bunga ni.. Ku ingin bayar harganya, tapi beliau pun hanya sedekah padaku dengan ikhlas.. Semoga Allah murahkan rezeki beliau dan memanjangkan umur beliau..

gambar ni ku ambil dari blog lain.. tapi sama rupanya dengan yang ku dapat.

Cara menggunakannya:

akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Aku berdoa semoga ada rezeki ku untuk bersalin normal untuk anak kedua ni..Tapi ku berserah juga kepada Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambanya...samada bersalin secara normal ataupun ceaser seperti sebelum ni.

Buah Zuriat

Sepertiku, murah jugak rezeki adik iparku di Bintulu... kerana buah zuriat yang ku kirim dibeli juga oleh nenek Syafiza.Baik sungguh hati beliau..Beginilah rupa buahnya.Dikatakan buah ini amat berkhasiat untuk tujuan mendapat zuriat. Nak dapatkan buah ni susah sikit. Biasanya hanya dapat dibeli di Mekah atau Madinah

Buah zuriat dikatakan juga sebagai salah satu cara rawatan kesuburan.Isi buah zuriat.Juga dikenali buah Hawa, buah Adam dan beberapa nama lagi.
dikatakan adalah buah dari pokok koka, yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s. Sabutnya keras betul, kena guna kudrat orang lelaki nak pecahkan untuk dapatkan isinya. untuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. Baunya sedap, macam roti bakar yang masih panas. Isi putihnya tu keras jugak.
caranya, minum air rebusan isi putih tu..tapi ada juga yang merebus tanpa mengepoknya, mungkin itu punca rasanya agak kelat sedangkan ramai yg kata sedap.kene kupas buah ni, masukkan dalam air then rebus lama2( 30 MIN HINGGA SEJAM)...tiap2 hari rebus buah yang sama dan tambah air sampai hilang khasiatnya....masa minum baca bismillah diikuti ayaT 38 dari surah al-imran sebanyak 3 kali..insyaAllah...

Boleh jugak lihat blog ni buat rujukan bagaimana buah zuriat itu dikopek http://irtiyah.blogspot.com/2010/01/rawatan-kesuburan-cara-islam-2-buah.html

Ikhlas- Qaseh Kita

3 comments:

nana said...

As salam..akar fatimah ini boleh diamalkan ketika dan cecah 37w.krn ada stgh org 37w dh ada nk terbersalin..tp seelok2nya lewatkn lagi sehingga dh due atau dh turun tanda ~ keluar air @ darah dari faraj. Atau dh start sakit atau bukaan dh buka.. Akar fatimah ni hendaklah dibilas kemudian direndam air biasa yang bersuhu bilik. Cukup rendam semalaman sahaja. Air rendaman ni dijadikan air selusuh.jika nk rendam dgn air zam2 lbh bgus.Jika ingin rendam lama simpan peti sebab ia x de pengawet bimbang berlendir dan masam.. Jika itu berlaku, cuci dan rendam kembali.. Minum 1 cawan sehari.. Boleh juga dibuat mandi...

Selepas digunakan akar fatimah ini dijemur kering dan disimpan dalam bekas bersih. Pastikan betul2 kring baru simpan jika tidak nnt bekulat.. Akar ini boleh digunakan untuk anak2 seterusnya.. Boleh dijadikan warisan turun termurun.. Selain itu ia boleh digunakan untuk mengecutkan rahim.. Semasa pantang rendam dengan air panas dan minum 1 cawan sehari..

Namun bgitu stp org rezeki bersalinnya berbeza2..ada yng mudah ada yg sukar.. Malah stp anak pun rezekinya tidak sama..kita usaha shj selebihnya Allah Maha Kuasa yang menentukan

Ada juga genggam fatimah seakan2 akar fatimah tp warnanya hitam dan lebih bersimpul rasanya pula agak meloyakan.akar fatimah yang untuk bersalin sepatutnya bqerwarna hijau2 kekuningan ketika ia muda.. Berwarna coklat cair atau oren ketika matang.. Dan agak hitam ketika tua... Rasanya.seperti teh tanpa gula... Ini tak sesuai. .digunakan oleh wanita mengandung.. Yang ini diambil dari pergunungan berapi..

Bagi yang nak dapatkan akar fatimah ori dari mekah @ madinah boleh sms or whatsapp Pn Mardhiah 0194344930..

haryati said...

salam,

nak mohon amik info sket pasal akar fatimah ni ye

azrina naim said...

Salam.nak tnya selain kegunaan utk memudahkan wanita yg nak melahirkan..ada tak kegunaan lainnya akar fatimah ni ye.tq