JOM FOLLOW ME

Friday, June 17, 2011

KANDUNGANKU MASUK 7 BULAN

Genap hari ni kandunganku masuk 7 bulan, tp banyak perkara yang perlu ku fikirkan... disebabkan sibuk sangat berkerja dan aktiviti harian sehingga ku terlupa tentang persiapan untuk menimang cahaya mata baru ni belum kami sediakan sehingga suamiku berbincang mengenainya semalam..dan hari ni baru ku nak "list down" kan barangan yang perlu kami sediakan nanti..


Cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti ni adalah cahaya mata kedua, walaupun tidak banyak barang yang perlu dibeli memandangkan barangan kakaknya yang lama masih disimpan dalam keadaan baik seperti tilam kekabu, selimut, kain lampin yang belum digunakan lagi namun..senarai barangan juga perlu juga disediakan supaya kita tidak lupa terutama barangan yang kecil2.Nanti waktu shopping tak perlu susah2 berfikir kerana senarainya sudah ada.


Kali ini tak sabar membeli barangan bayi bersama Qaseh. Ku akan membiarkannya membuat pilihan (warna/barangan) untuk adiknya suapaya rasa kasih sayang itu dapat dipupuk dari awal supaya sayangkan adiknya, walaupun jantina bayi bakal dilahirkan ini belum kami ketahui lagi...

supprise!!


Senarai Barangan keperluan Asas bayi


1. Pakaian-

Baju lengan panjang

-Baju lengan pendek

-seluar panjang

-seluar pendek

-set sarung tangan dan kaki

-barut


2. Peralatan mandi-

-Toileteries

-tuala

-besen

-lapik dalam besen

-bedak bayi

-losyen

-minyak baby

-alas getah lapik untuk persalinan lepas mandi


3. Peralatan tidur

-selimut
-kelambu

-alas tilam

-set tilam

-katil


4. Peralatan penyususan bayi

-botol susu

-berus botol

-Breast pump


5. Peralatan Penukaran lampin bayi

-tisu lembap

-kain lampin

-lampin pakai buang

-Nappy liners untuk elakkan ruam lampin/pampers


Perlatan lain

Beg bayi , topi..


Kelengkapan ibu


1. Maternity pad(jenis Pureen's Madame. lembut)
2. Nursing pad(ada 2 jenis, kain/disposable) kalau kain tu boleh basuh tapi tak melekap..kalau disposable melekap..tak mudah jatuh)
3. Barut ibu
4. Jamu/ubat bersalin( tak digalakkan makan jamu awal2 sbb nnt akan affect baby..panas)
5. Stokin ibu nie byk pun takpe..sbb akan pakai masa dlm berpantang..jd tak payah sibuk2 nak kena basuh hari2..

6. Kain batik, t-shirt, baju persalinan,tuala,sabun bedak, berus gigi, sikat

7. Selipar

8. Tungku,

9. Ubatan/vitamin/gamat hielin dan sbg


Perkara-perkara lain yang perlu difikirkan


1.Kos rawatan bersalin(normal/ceaser)

2. Kos apabila buat kenduri aqiqah nanti/cukur jambul..

Bila dah disenaraikan begini, ia lebih memudahkan perancangan dan barulah kita sedari kos dan budget yang perlu kita keluarkan..


YA ALLAH KU MOHON SUPAYA, KO PERMUDAHKANLAH JALANKU UNTUK MELAHIRKAN NANTI, SEMOGA BAYIKU INI BERADA DALAM KEADAAN SIHAT SENTIASA....AMIN


-Qaseh Kita-

No comments: