JOM FOLLOW ME

Monday, June 20, 2011

HARI INI SANGAT MENGANTUK....



Makin hari badan rasa terlalu letih sangat.. ini bukan apa.. ini disebabkan selalu tak boleh tido malam sejak akhir2 ini.Kandunganku makin besar, makin sukar nak lelapkan mata pada waktu malam, ditambah lagi rasa bahang dalam badan dan cuaca sekarang yang agak panas.
Tapi kesan ni memberi impak waktu berkerja di siang hari..
Contohnya hari ni...
Malam tadi susah betul lelapkan mata...masa pukul 1 pagi aku masih terkebil2 sensorg sambil membelai anakku.. sedar2, jam pukul 4.30 pagi dah alarm berbunyi..bangunlah sahur (ganti puasa) dan bersiap terus untuk ke Bandar Sunway menaiki bas rapid untuk ke tempat kerja, sebelum tu ku dropkan Qaseh kat rumah baby sitter pukul 5.30 pagi.Sampai di tempat kerja 5.25 pagi.. ku terus ke surau untuk solat subuh.. seawal 7 pagi ku mmg dah ada di meja ku...


Ku hanya naik bas rapid ni kalau shiftku dan husband berlainan (kalau husband kerja malam).Bila ku fikirkan balik, memanglah agak renyah untuk aku naik bas rapid setiap pagi.. mana tidaknya terpaksa bangun awal berbanding sebelum ni ku pergi kerja dengan drive sendiri.. tp bila berfikir panjang semula.. tgk keadaan lalu lintas di Penang yang semakin teruk ketika balik kerja.. dengan menaiki bas rapid ni dapatlah aku berehat dan tidak beremosi... ini semua gara2 terkena "krem" hari tu... bahaya jugak..Kos tol dan minyak memang dapat dijimatkan..bayangkan minyak seminggu RM50 dan tol (5.60 x 4)=22.40. Kiranya perbelanjaan minyak dan tol ku seminggu dalam 72.40 dapat dijimatkan.. cuma bayar parking kereta jer RM 1 sehari.Bila dah disediakan kemudahan kita gunakanlah sebaik2nya.. yang untung pun diri sendiri...heheeh


-Qaseh Kita-

No comments: