JOM FOLLOW ME

Wednesday, April 27, 2011

SAYANG AYAHKU,1 DALAM DUNIA DAN AKHIRAT

Hari ini terlintas di hati untuk bercerita tentang ayahku yang tersayang. Usiaku sekarang sudah pun menginjak 29 tahun, dan sekarang telah pun mempunyai seorang cahaya mata tapi aku masih merasakan aku seperti seusia anakku bila berada di samping ayah.Bagiku ayahku adalah seorang ayah yang terbaik di muka bumi ini.

Kasih ayahku selalu ku rasakan walaupun ke mana aku pergi..Sejak kecik lagi, ibu slalu kata ayah memang ringan tulang, semasa ibu dalam pantang ayahlah yang sangat mengambil berat walaupun pada masa tersebut beliau kerja siang(kerja kerajaan) dan malam(part time)
sebagai waiter di hotel, tetapi pakaian kami adik beradik, mengemas rumah, mengelap tingkap, mengemop rumah sempat diuruskannya.. Itulah kata orang "kalau hendak seribu daya"... Ibu jugak selalu kata yang ibu amat bertuah kerana dapat ayah seorang suami yang sangat baik..walaupun ibu hanya suri rumah sepenuh masa.. ayah hanya membenarkan ibu menjaga anak2, dan memasak sahaja ,urusan lainnya ayahlah yang banyak membantu.. dan kerajinan ayah tu sampai sekarang tak pernah berubah..suami ku juga selalu memuji sikap ayahku yang memang rajin itu dan hubungan beliau dengan ayahku jugak sangat rapat..

Ayah memang sangat penyayang terutama pada anak menantu dan cucu-cucunya.. boleh dikatakan 2 hari sekali ayah pasti menelefonku,suami dan qaseh bertanyakan khabar.. Ada sahaja nasihat yang diberikannya.. beliau sangat mengambil berat.Contoh pada minggu lepas.. ayah bukan sahaja sentiasa ingat tarikh lahir anak2nya , malah menantu2nya juga..Ayah wish birthday pada kak eda(kakak iparku). Beliau juga boleh ingat keempat2 tarikh cucunya dilahirkan .. Begitu besar kasih ayahku..Pada hari jadi suamiku juga setiap tahun , ada sahaja kek dan hadiah menunggu..(maklumlah kami tinggal berdekatan juga Taiping-Penang) hinggakan suamiku selalu rasa terharu dengan layanan baik ayah dan ibuku..yang sememangnya tak pernah pilih kasih antara anak2 dan menantu2nya.

Asal sahaja kami balik ke kampung, ada sahaja makanan kegemaran kami disediakannya, ayah pasti belikan nasik lemak kegemaranku, mencari tempoyak supaya ibu masakkan gulai tempoyak kesukaanku, kari kepala ikan buat suamiku dan ayam goreng buat cucundanya,Qaseh..Ayah jugak slalu ingat pada anak2, menantu dan cucunya yang lain yang jauh di mata (di bintulu, di melaka dan di klang).Selalu meluahkan rasa rindu pada dorang jugak..tetapi rindu itu terubat jugak kerana kami semua kerap menghubungi antara satu sama lain.

Baru2 ini ku balik ke Taiping walaupun sekejap..sempatlah jugak kami sekeluarga bermanja dengan ibu dan ayah...aku sedih bila dapat tahu ayah sekarang kerap sakit dada (akibat merokok, mungkin).. Susah dan sebak di hati melihat keadaan ayah begitu.. Risau dengan keadaannya.. tambahan lagi ibu dan ayah hanya tinggal berdua, ibu pulak memang kerap sakit(kencing manis-kekadang gulanya naik, kekadang pitam kerana gulanya rendah).. Apa yang harus lakukan.. nak bawa ke klinik, beliau menolak..Hanya mampu menasihatkan beliau supaya kurangkan merokok..Tidur malam ku kini jugak tidak lena kerana teringatkan keadaan ayah sebab ayah bukanlah jenis suka mengadu dan memberitahu tentang kesusahan dan sakitnya.. Aku dan ayah memang selalu dekat di hati.. apa sahaja yang dirasakannya dapat kurasakan melalui naluriku sebagai anak tanpa perlu ayah menceritakan apa-apa..Ku tahu apa sahaja yang dipikirkan dan dirasakannya..

Hari2 ku rindu ayah, bila usia ayah dan ibu semakin meningkat, macam2 yang ku pikirkan.. Hari2 ku berdoa yang terbaik untuk ayah dan ibuku...semoga Allah panjang kan usia mereka, sihatkan tubuh badan mereka selalu..murahkanlah rezeki mereka dan sentiasa melindungi mereka.

Aku berjanji pada diriku.. apa pun yang terjadi aku akan sentiasa menjaga kebajikan ibu dan ayahku seperti mana mereka menjaga ku dengan penuh limpah kasih sayang sejak dilahirkan sehinggalah dewasa..selagi hayat di kandung badan.

No comments: