JOM FOLLOW ME

Thursday, March 31, 2011

HOSPITAL KPJ,PERDA-QASEH DEMAM

8hb March 2011 qaseh start demam hinggalah berlarutan selama 3 minggu, 4 klinik telah kami tukar untuk dapatkan rawatan termasuk ubat2an..namun keadaan tetap x berubah... Hati ibu dan bapa mana boleh tahan melihat keadaan anak semakin teruk.

24 March 11,setelah 2 minggu ku tak berkerja, itulah hari pertama aku baru masuk kerja..kak ilah (mak pengasuh qaseh) call bgtau keadaan Qaseh dengan bengkak gusi dan berdarah tiba2, ditambah dengan demam yang tak surut2,sangat merisaukan.. aku buat keputusan untuk taknak ke klinik lagi dan terus ke panel hospital...

Aku telefon ayah dan ibuku, bos serta beberapa teman baik untuk mendapatkan pandangan dan cara untuk ke panel hospital disamping berharap dapat berkongsi kesusahan hati bersama.Ayahku yang terkejut meluahkan rasa yang dah banyak hari sebenarnya dia teringatkan Qaseh setiap kali nak tidur malam.. patutlah katanya cucunya tak sihat. Bukan tujuanku nak merahsiakan drpd sesiapa yang Qaseh dah demam lama, tapi tak nak menyusahkan hati mereka.. tetapi bila keadaan menjadi kritikal...Aku memerlukan sokongan ahli keluarga dan rakan2, maka terpaksalah bgtau juga...

Ambik qaseh dari rumah pengasuh adalah satu perkara yang menyedihkan bila tengok keadaannya yang murung,menangis memanjang.. mak ilah(pengasuh)nya pun mengalirkan air mata tak tahan melihatkan keadaan qaseh.Bila bawak ke dalam kereta, suami ku pula mengalirkan air mata melihatkan keadaan qaseh masa itu..Aku mesti kuatkan semangat dan akulah juga semangat kepada suamiku dan anakku.

Selepas membuat pemeriksaan pakar kanak2, qaseh dinasihatkan supaya tinggal di hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya...selepas dikatakan terkena jangkitan kuman.

Pada masa ini.. aku dan suami benar2 rasa memerlukan tempat bergantung untuk mendapatkan sokongan dan semangat...berharap sangat keluarga terdekat datang dan ada di sisi.... perasaan bercampur baur.. sedih, tertekan...hingga aku lupa yang aku juga memerlukan rehat dengan keadaanku yang mengandung 4 bulan ditambah dengan mabuk2 mengandung pada masa tu. 2 minggu lebih aku bercuti menjaga anakku dan berharap dia cepat sembuh.

Aku bersyukur dan agak terperanjat sangat2 bila dengar2 ibu dan ayahku datang secara mengejut dan dah ada di Juru...cuma ibu ayahku tak tahu saamada kami berada di rumah atau di hospital memandangkan aku belum memaklumkan pada sesiapa pun yang Qaseh telah pun ditahan di wad.

Beginilah keadaanya selepas dirawat pada hari pertama.. bibirnya yang kering dan mengelupas ku sapukan vesselin dan ubatan yang diberikan nurse.Setiap 2 jam nurse akan datang mengambil tempreture sambil memantau keadaannya. Qaseh agak merap dan merengek dan menangis sepanjang masa bila terjaga.. keadaannya menjadi semakin teruk bila tak mahu makan dan menyusu.. mulutnya sakit katanya.

Abu dan Mum adalah antara sahabat yang terawal sampai melawat Qaseh, terharu seketika dengan kehadiran kawan baik. Terpujuk jugak rasa hati bila dapat berkongsi kesedihan yang terbuku di hati.(susah hati dengan keadaan Qaseh) :) .. seronok dan lega bila tengok cheese cake ni habis di makan Qaseh.. suka katanya sebab kek ni sejuk dan sedap.. dah ada selera makan anakku.. alhamdulillah Thanks mum dan abu atas kek ni da sudi datang melawat kami d sini.. Qaseh mmg suka.. terharu sebenarnya bila tgk anak mula menjamah makanan berbanding sebelum ni tak mahu makan apa pun.Mungkin ini pembuka seleranya. Walaupun sakit ,dia tetap dengan hobi dia yang suka buku. dia mmg tekun bila nampak buku.. kami mempunyai hobi yang sama

Brg2 mainan di KPJ ni pun sedikit sebanyak melekakan Qaseh dan melupakan tentang sakitnya buat sementara
Manja bila jumpa babahnya.. anak abah katakan
2 penawar hatiku.. dunia dan akhirat
Kehadiran ayah dan ibu memberikan sedikit sebanyak nafas lega kerana sekurang2nya dapatlah kuambik masa untuk diri sendiri buat seketika kerana sepanjang Qaseh sakit di rumah dan di hospital aku mmg kurang tidur dan berehat .
Ibu cuba pujuk Qaseh yang merengek dan menangis sepanjang masa

Ayah dan ibu bawa qaseh ke bilik mainan sementara dapatlah ku melelapkan mata seketika untuk berehat.
2 hari ayah dan ibu ulang alik ke hospital melawat Qaseh.. dan hari ke tiga di hospital ayah dan ibu terpaksa balik kerana dah janji utk membawa tok ker menyuarat agung waris kerabat raja perak di Teluk Intan... tetapi tetap call utk tahu perkembangan Qaseh. Terima kasih ayah dan ibu..
Leka melayan Qaseh


Qaseh minum hot chocolate dengan bubur ayam
Kak Ilah (mak ngasuh) dan abg Karim juga datang melawat biar pun hari hujan lebat tak berhenti2 kerana risaukan keadaan Qaseh .. seronok lah tu mak belikan kek kreta.
Kehadiran pak teh Qaseh dan kak tikah menceriakan suasana dan membawa makna yang besar buat kami.. Qaseh nampak happy ..lebih2 lagi bila dorg temankan Qaseh mandi pagi....seronoklah tu.. kak tikah pun temankan Qaseh main kat bilik permainan.. Sampai ke sudah dia tanya pak tehnya sebab kononnya pak tehnya nak bawak dia pergi zoo sebab dah mandi pagi.. heheheh

"mama, abah, ateh mana...Qaseh nak pergi zoo"....sudah...
mak ilah dan bapak Qaseh.. sampai tertido Qaseh.. terkejut jugak .. tadi rancak jer dia bersembang ngan mak dan bapaknya...mana tidaknya.. malam dia tak tido.. menangis jer


bangun tido... merajuk dan merengek semula
abah memujuk
menangis lagi.. bila kena drip dengan antibiotik dan ubatan lain.
mama nini.. sampai subuh2 lagi keesokkan harinya, kalau tak silap pukul 6 lebih kot pagi.. tak sangka mama nini mai dalam sibuk2 berkerja hari2.thanks friend.. hang mmg sentiasa di sisi bila diperlukan.. sebak pulak rasa bila dapat sahabat2 yang memahami ni...hang lari dr tempat kerja ka.. semata2 nak jenguk anak angkat hg ni? hahaha. aku sangat menghargai..
budak cik layan tv...sementara tunggu breakfast
yea.. abah dah mai.. tido manja ngan abah...buah hati abah katakan...
cak..
kawan2 abah dr jabil ramai jugak yang sudi menjenguk... terima kasih kerana menemani suamiku dan memberikan kata2 semangat di saat dia benar2 memerlukan teman..
Thanks to Jabil team yang datang melawat Qaseh..
Dah discharge hospital.. seronok dapat balik umah..Buat puzzle dengan bersungguh2
Ini salah satu hobby dia , main puzzle.. mmg nampak dia tekun buat puzzle..
Rindu betul dia dengan basikal pink dia tu
Seronoknya dapat balik umah.. dr hospital dah kata.. mama jom balik umah, qaseh nak main basikal..


Dikesempatan ni.. ku ingin melahirkan terima kasih yang tak terhingganya buat keluarga, adik beradik yang sudi menjenguk Qaseh di hospital, begitu juga yang bertanya khabar melalui sms dan telefon (kami paham kerana tak dapat datang sbb jauh lagipun masing2 ada masalah dan komitmen tersendiri-buat abg dan kakak ipar ku janganlah susah hati sangat dan rasa bersalah...doakan Qaseh yer..Thanks mak abah, angah, azie,ain, pa n Myra di bintulu dan,kakakku di Melaka.. kerana call dan bg kata2 semangat)...begitu juga saudara mara kami yg lain..

Kepada sahabat2 juga.. thanks beb.. kami sangat menghargai kehadiran dan sokongan yg kalian berikan.

Kami juga ingin meminta maaf kepada keluarga dan sahabat2 yang mana berasa hati kerana tidak dimaklumkan dr awal dan hanya mengetahui Qaseh sakit selepas keluar wad.. Maaflah dan fahamilah kerana di waktu tersebut kami sangat2 tertekan, dan susah hati dan hanya mampu terfikirkan ibu bapa,adik beradik , keluarga dan sahabat2 terdekat.

Terima kasih juga yang mendoakan Qaseh..

Budi baik kalian hanya Allah sahaja yang mampu membalas.

2 comments:

mummy_ayu said...

ala siannya qaseh..alhamdulillah semua dah ok....Iris ari tu satu malam pun ayu dah tak tahan tgk...
semoga Qaseh terus sihat & sentiasa sihat yer sayang..

Unknown said...

Qaseh dh ok kan skunk?? cian qaseh...anis post yg bagus wan bace smpai abis!!!