Selamat hari lahir ibu yang ke 53. Ibuku dilahirkan pada 1 Nov 1959 di Perak..
Semoga ibu panjang umur, murah rezeki, sihat2 selalu , bahagia di samping ayah dan dirahmati Allah sentiasa.
Bercerita tentang ibuku.. banyak sebenarnya tentang beliau.. Beliau adalah seorang ibu ,anak dan isteri yang sangat positif,tabah dan kuat semangat juangnya.. Apa kisahnya? ku hanya akan ceritakan rahsia itu bila ditanya kepadaku secara personally...Sebabnya isu itu sungguh sensetif..
Apa yang boleh kuceritakan di sini.. aku bahagia dan bersyukur dikandungkan dan dilahirkan daripada rahim wanita yang cekal dan tegas ini.. Ikhlasku katakan.. pandanganku terhadapa beliau daripada kacamata seorang manusia.. beliau seorang yang sangat baik hati dan suka bersedekah..suka membantu orang ramai selagi mampu.. tidak kedekut dari segi kewangan dan harta dan gemar beralah bila pertembungan idea atau perebutan berlaku antaranya dan org lain tp tidak pada anak2nya sebab beliau pasti inginkan yang terbaik dan adil pada anak2nya.
Tetapi dari kacamata seorang anak, bgku sama seperti di atas cuma penambahannya.. beliau terlalu tegas kepada anak2. Aku suatu waktu dulu pernah merasakan itulah jurang yang membuatkan kami saling bertengkar dan tkerap berlakupertembungan idea.. tp apabila ku sudah melahirkan barulah ku tahu itulah yang terbaik untukku..Ingin rasanya ku peluk beliau dan mengucapkan berbilion terima kasih atas kerana restunya dan sifat taat yg diajarkan dan didikannya padaku ..ku menjadi seperti ku sekarang ini.. menjalani hidup dengan baik dan bahagia..:)
aku ingin menjadi seperti beliau, tulang belakang hebat keluarga.. yang berkorban masa, penat lelah menstabilkan ekonomi keluarga tanpa sebarang rungutan.. yang penting keluarga kami cukup keperluan asas.. maklumlah ayah bergaji kecil semasa ku kecik.ku lihat sendiri.. ibu bersengkang mata siang dan malam mengambil upah menjahit untuk membayar yuran sekolahku dan adikku,belanja sekolah harian .. ke sana ke mari dengan ayah dengan hanya menaiki bas.. kadang kala berjalan kaki..Sehingga sekarang aku tak pernah lupa jasa dan kasih sayang mereka. Terasa ingin kuberikan sesuatu yang paling bernilai di dunia ini dan akhirat buat mereka..tp itu belum tentu dapat membalas kebaikkan dan kasih sayang mereka pada ku.
Kepada sesiapa yang membaca luahan ku ini.. ku ada nasihat buat kalian.. Taatilah kedua ibu bapa kalian walaupun ada ketikanya kalian merasakan ibu bapa kalian seakan memberi tekanan yang amat besar pada diri kalian..Percaya setiap ibu bapa pasti nak yang terbaik untuk anak2nya dan sanggup berkorban apa saja utk memastikan anak2nya selamat dan dalam keadaan yang paling baik.. Ku yakin ku berjaya melalui fasa itu dengan baik (bukanlah ku katakan diriku baik..tp aku bersyukur, dengan nikmat dan kasih sayang Allah dan keluargaku, aku mmg seorang anak yang patuh).. dan dengan keredhaan ibu bapa hidup kita pasti lebih tenang dan bahagia.. percayalah..
ku juga ingin jadi seperti ibu dan ayahku.. yang disayangi anak2nya sepenuh hati.. :)
Berbuat sesuatu yang ikhlas.. pulangannya pasti perkara yang baik tanpa disangka2.. :)
-Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment