Anak bongsu ku ini dah masuk 1 tahun 2 bulan.. ada ragam baru nya.. semuanya membuatku tersenyum bahagia dan makin sayang dengannya walaupun banyak ragamnya..Rasanya semua budak2 begini.. kakaknya juga dulu pun ada juga ragamnya sampaikan buat kami selalu tergelak bahagia..
Adik suka:_
1. kasut birunya tu wp banyak kasut lain..sentiasa nak berkasut.. yang itu aja pulak tu :).. "acut..acut"
2. mintak air wp bukan niat nak minum.. dia akan buat2 minum then lepas tu akan buat basuh tanganlah.. basah2 bajunya.. hahah walhal kalau lalu kat mana2 wp kat kedai makan nampak org minum atau pun air dalam peti ais.. dia kan buat muka sedih minta air.. tp permintaannya tu pasti akan diikuti..sebabnya kami tahu dia kuat minum air..:). Adik slalu kena warning ngan kakak kalau minum tumpah2 .. wp kena warning.. kakaknya akan gelak bahagia tgk ragam adiknya dan akan cium adiknya selepas tu..
4.Sudah pandai baca fatihah, ayat kursi, dan surah al ikhlas.. tp bukan baca semuanya.. tp bila kita baca.. dia kan sambung dihujungnya wp bacaan kita belum habis..:) beerti dia dah mula tanamnya dalam minda cuma untuk menyebutnya sebutan agak terhad lagi..begitu jugaklah dengan lagu.. baru ni lagu drama Julia "cukup2 sudah" dia dok ikut"tutut uda"..:) Teriang2 mama suara adik menyanyi sampai kat tempat kerja..
4. Suka lepuk org kalau x puas hati.. kalau kena kat kepala mmg pening sekejap.. dan dia suka ngendeng barang kakaknya.. padahal dah dibelikan khas untuk dia.. tp kakaknya mmg baik hati selalu mengalah :) Sayang adik katakan..
5. Masih lagi dengan tabiat biasa.. apa yg dijumpai pasti dikutip dan dimakan.:)
6. Kuat memanjat
7.dah pandai minta nasi terutama bila tgk mangkuk tingkatnya.. "mama.acik"
8. kalau tgk org makan dia akan kata "citit" kakaknya kalau dengar memang akan tergelak besar.. dia mintak sikit..:)
Macam2 ragam anak.. mama nak anak2 mama tahu.. mama mmg sayang kalian.. tp manja yg mama beri ada hadnya kerana mama taknak hidup kalian rosak disebabkan manja yg berlebihan.. Mungkin sekarang kalian belum memahaminya tp satu hari nanti kalian akan memahaminya sendiri. :) dan berterima kasih dengan mama, atas apa yang terbaik untuk kalian yang mama telah lakukan.:)
Ingatlah yang kita suka itu bukan semestinya baik, dan yang kita tak suka itu bukan semestinya buruk.. :) Kita kena pandai menilai dan lihat hikmah di sebaliknya.
-Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment