Ramai yang bertanya kepadaku tak letih ker breast feeding anak? then kalau time kerja angkut beg sana sana sini dahlah pergi kerja dengan naik bas rapidnya.. "renyahlah"-bahasa utara.
Ku tak rasa renyahpun sebab aku ikhlas dan bersungguh2 melakukannya sebabku sayangkan anak2ku sepenuh hati.
Bagiku.. setiap anak ada hak mendapat susu daripada ibunya. Inilah salah satu cara dan kasih sayangku.. ku sanggup berkorban mengangkat perkakas2 penyusuan.. berjalan jauh dari departmentku ker mothers room yg jaraknya mmg agak jauh.. berulang 3-4 kali sehari, buat time plan untuk menyusukan anak/ Alhamdulillah kedua2 anakku masih menyusu badan, puas rasanya dapat menyusukan anak..
Sebenarnya mmg rezeki anak2ku , Qaseh Syuhada dan Qaseh Sofea mendapat susuku yang sememangnya niat ni ku tanam sejak sebelum mengandung lagi.Alhamdulillah
Orang slalu tanya.. "kenapa hg masih meneruskan penyusuan walaupun selepas pantang?Sebabnya:
1.susu ibu adalah susu yang paling mahal dalam dunia.. Tak dapat dibeli di mana2 kedai..Lagipun inilah kehebatan susu yg Allah bg buat rezeki kepada zuriat hamba2nya.
2.Sebab menjimatkan kos (sememangnya ekonomi kami ni meleset memanjang)
3.Mengeratkan hubungan anak ngan ibu.. masa ini ku ambil dengan menenung dan bersembang dengan anakku setelah seharian spend time di tempat kerja..time nilah dapat berpeluk dan bermanja..melihat telatahnya dengan sepenuh perhatian.
4.Aku percaya hati ku dan anak2 akan lebih dekat dr segi zahir dan batin.
5.Kalu pergi jalan2 takyah mengheret bakul denga air panas, susu, macam2 lagilah... I cuma selak jer bila perlu.. haha tp berpada2lah.. heheh
6.boleh turunkan berat badan sikit kot.. yer ker? heheh then baik untuk kesihatan ibu dan juga.
Pump ni adalah hadiah dari suamiku.. Harganya RM 269, ku hanya pakai pump medela harmony jer.. setakat tu jer kemampuan kami.Wp x sehebat ibu2 lain yang menggunakan pump yg lebih mahal dan berquality yang harganya mencapai ribuan ringgit, tapi pump ni sungguh bernilai dan bermanfaat pada keluarga kami.
Alhamdulillah di tempat kerja ku mmg rakan bayi sikit.. mmg "mother's room" disediakan.
Inilah hasil tuaian ku pagi ini.. Walaupun x banyak tapi syukur alhamdulillah ada lagi rezeki anak2ku,
Disebabkan langsir di bilik mothers room dicuci.. ku menumpang kejap di "sick bay"
Disebabkan langsir di bilik mothers room dicuci.. ku menumpang kejap di "sick bay"
Hasil tuaian untuk Qaseh Sofea.. Qaseh Syuhada direct breastfeeding malam jer.. so stock ni ku buat untuk penyusuan anakku di rumah baby sitter.
No comments:
Post a Comment