JOM FOLLOW ME

Wednesday, January 19, 2011

ALHAMDULILLAH


Salam sejahtera semuanya..

Dah lama rasanya ku tidak update blog ni.. banyak sebab sebenarnya .. selain daripada sibuk dengan kerja di tempat kerja...mood pun sering tiada.

Dengan lembaran baru tahun ni.. ku panjatkan kesyukuran kerana Allah telah memurahkan rezeki kami dan Qaseh bakal dapat adik bulan 9 nanti..

Morning sickness dan loya2 kembali semula.. persediaan mental dan fizikal mmg perlu sejak awal lagi..Aku kena kuat dan tabah melaluinya tambahan lagi suami bukan sentiasa di sisi(berkerja berlainan shift).Hari2 aku kena travel dari bukit tambun ke bayan lepas, merentasi jambatan pulau pinang 2 kali sehari..hahah..banyak betul perhentian yang ku buat.. mana tidaknya loya dan muntah itu dah menjadi rutin.. Anakku yang sentiasa di sisi pun semakin memahami dan mula bertanya"kenapa mama.. mama ok ker mama".. dia semakin pandai memainkan peranannya sebagai seorang kakak dan anak yang baik.. betullah kata org dulu2.. persekitaran dan masa lebih mematangkan seseorang walaupun seorang budak kecik berusia 2 tahun 4 bulan...

Aku juga bertuah mendapat suami yg cukup memahami dan bertanggungjawab sehingga kadang2 ku rasa seperti dimanjakan..dan aku amat menghargainya.
Kepada suamiku.. Thanks sayang wp kita jarang berjumpa(bila abg kerja shift malam .. kadang sampai seminggu x jumpa),tapi abg memang caring dalam menguruskan hal ehwal rumah seperti basuh kain, sidai kain,menyapu, mengemop dan mencuci bilik air dan kadang2 memasak untuk kami. Bertuah aku mendapat suami mu yg mmg benar2 "caring" tentang keperluan harian kami.

"terima kasih ya Allah atas anugerahMu ini"

3 comments:

Alimaz-Kembara Terasing said...

tahniah.....

Baby Comforters said...

Membagi pekerjaan rumah tangga antara anggota keluarga akan membuat pekerjaan selesai dengan mudah.

Leslie Love said...

Oh, your little girl is so cute! If you were looking for a stroller for her, you should invest in a perego pliko switch. They're perfect.I have one and it's great!