1. Contest ini terbuka kpd Bloggers sahaja.
2. Wajib menjadi follower Mrs. K dan add blog ini dalam bloglist anda. (done)
3. Letak banner seperti di atas kat sidebar anda dan link ke giveaway ini.(done)
5. Sila upload sekeping gambar anak pertama/sulong anda berumur 1 hari. Sila nyatakan nama dan umur anak sekarang.(done)
Nama Penuh: Qaseh Nur Alya Syuhada Binti Muhamad Hafizd
Umur: 1 tahun 2 bulan
Tarikh lahir: 12/9/08
6. Anak merupakan Anugerah Terindah dari Yang Maha Esa. Nyatakan perasaan anda apabila pertama kali melihat anak dan apakah harapan anda terhadap anak. Entry yang berjaya menyentuh naluri keibuan para juri akan dipilih sebagai pemenang. (done)
Setelah perbincangan diadakan bersama Dr,tanggal 12/9/08, aku melahirkan cik puteh (Qaseh Nur alya Syuhada) secara C section awal 2 minggu sebelum due kerana masalah songsang dan mempunyai 2 uri.Dia keluar dengan punggung dahulu,semasa tempoh pembedahan tersebut,aku terasa amat takut,tapi aku bertawakkal,tabahkan hati dan redha dengan ketentuannya.Maklumlah ini pengalaman pertama melahirkan anak dan dioperate pula.Mujurlah suami dan keluarga sentiasa di sisi memberi sokongan dan dorongan. Semasa proses C section dijalankan, aku agak pening dan sedikit bergoncang dan bergoyang(maybe agak sukar mengeluarkan baby dalam keadaan punggung dahulu) sehinggakan aku termuntah.
20 min berlalu, aku terlihat nurse memeluk sesuatu yang berbalut dengan kain hijau dan dengan pantasnya ke bilik sebelah dan seketika selepas itu ku mendengar baby menangis...tidak semena2 hatiku tersentuh dan menjadi sebak dalam kegembiraan"Aku sudah menjadi ibu" tak sabar rasanya nak melihat anakku..lima minit kemudian,nurse tersebut datang kembali sambil membawa baby ku, "INILAH ANUGERAH TERINDAH DARIPADA YANG MAHA ESA YANG PERNAH KU KECAPI DALAM HIDUP"tanpa ku sedari air mataku mengalir melihat anakku sambil ditunjukkan jantinanya(perempuan).Sambil memberi salam, ku kucup pipi anakku..air mata ini mengalir kegembiraan semakin deras sambil memanjatkan kesyukuran yang amat sangat pada Ilahi (berkali2 di dalam hati)kerana dikurniakan anak yang begitu comel dan sempurna buat kami.Ku lihat anakku saling tak tumpah seperti suamiku.Berkulit cerah, warna mata coklat.
Seorang lagi nurse mengesat air mataku, sambil mengucapkan tahniah dan sempat lagi bertanya, adakah suamiku chinese, jepun atau korea.Tapi aku sempat membalas suami ku cuma "Malay Kampung Boy".Anakku cik puteh,mengalami sedikit masalah sukar bernafas sedikit selepas dilahirkan,dia kembali ok beberapa jam kemudian selepas menggunakan alat bantuan pernafasan..Terkenang kejadian 1 bulan sebelum cik puteh dilahirkan (8 bulan), dia tidak bergerak satu hari dan aku ditahan di wad kerana keadaan bayi agak lemah, aku menyesal kerana terlalu kuat berkerja, dan inilah akibatnya.Syukurlah segalanya selamat.Melihatkan anakku ini selalu ku berdoa semoga suatu hari nanti dia akan jadi insan berguna,berbakti kepada ibu bapa , keluarga, agama dan negara.Sama seperti doa ibuku dulu semasa melahirkan ku,dan setelah melahirkan anak aku semakin memahami dan lebih menghargai ibuku.Baru ku sedar, bukan mudah mengandung dan melahirkan, besar pengorbanan seorang ibu itu..pelbagai asam garam ku tempuh, 5 bulan tidah boleh bau dan makan nasi, bau masakan pun tak boleh hanya biskut tiger dan supplement pengalas perut.Karenahku yang alah pada bau suami,cepat moody dan suka bersiar2. Mujurlah aku sentiasa ditemani seorang suami yang sabar dan baik hati.
7.Tak perlu karangan yang panjang... pendek, simple but nice & sweet.(done)
8. Dalam entri tersebut pastikan anda mention dan link ke blog Ibu Hadif. (no link back will be disqualified)(done)
9. Dah siap semua, sila tinggalkan link entry anda di entry giveaway ini.
10. Pemenang akan ditentukan oleh Juri Profesional yg dilantik sendiri..
Hadiahnya:
Jom ramai-ramai meriahkan Ibu Hadif’s Giveaway... Hadiah yang pastinya menarik menanti anda!!
1 comment:
checked!!
gudluck yer...
tgk signboard taiping tu,
orang taiping ker?
saya dok kat assam kumbang/bt kurau
Post a Comment