JOM FOLLOW ME

Tuesday, September 15, 2009

QASEH SETAHUN

Tiba-tiba termenung pulak hari ni...terkenang pulak, Qaseh dah setahun umurnya...sekejap betul masa berlalu...macam baru lagi rasanya melahirkan Qaseh.
Itulah yang kami sembangkan 3 beranak sebelum tido pada jumaat yang lepas.
Seronok rasanya mengandung dan suami membawa ku ke pakar sakit puan semata-mata untuk scan kandunganku dan mendapatkan khidmat nasihat Dr dengan lebih detail dan terperinci.
Babah Qaseh juga ceritakan kat Qaseh betapa babah tak boleh tido mengenangkan mama dan Qaseh malam sebelum operate tu.
Teringat pulak masa ku kandungkan Qaseh 8 bulan , tetiba pada suatu hari tu Qaseh langsung tak bergerak, tapi masa tu ku ingat sangat aku banyak betul kerja kat tempat kerja, berjalan sana sini hingga rasa terlalu penat .Tengok jam dah pukul 3 petang - terdetik di hati"Ya Allah, sejak pagi lagi kandungan ku langsung x bergerak lagi hari ni". Serta merta aku call my husband dan my husband pun datang mengambilku di tempat kerja dan membawaku ke klinik untuk buat check up dan menurut Dr degupan jantung kandunganku agak lemah dan aku dirujuk ke hospital besar.Di dalam hati ini, seribu kekesalan kerana terlalu kuat berkerja dan berasa bersalah kerana degil nasihat suamiku supaya banyak berehat, tapi syukurlah semuanya ok dan di hospital besar aku direhatkan hampir seminggu di sana.
Apabila kandungan ku menjangkau 9 bulan pula, timbul lagi masalah baru, kandunganku songsang walaupun sudah hampir due bersalin (nakal anak mama ni, tak mau pusing).Kalu ikutkan Dr mahu cuba memusingkan kandunganku tapi oleh kerana air ketuban pun dah kurang , Dr terus bertanyakan date untuk aku operation.Dr menyuruhku memilih date, aku memilih 21/9/08( sama date dgn babah Qaseh), katanya agak lewat dan Dr sendiri memberi date 12/9/09.























First time melihat Qaseh setelah dilahirkan ku panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah dengan limpah kurnianya ku dikurniakan seorang bayi perempuan yang begitu cute dan sihat..alhamdulillah hingga mengalir air mata keseronokkan ini tanpa disedari...
Ku lihat babah Qaseh begitu gembira dan sempat menciumku dan terpancar diwajahnya seribu kebahagiaan, sekali lagi ku panjatkan syukur pada Allah.
Itulah kisah 1 tahun yang lepas, dan kini Qaseh semakin manja dan agak nakal.heheh, keletahnya sentiasa buat kami tergelak dan bahagia,semoga dia menjadi anak yang solehah dan berjaya di dunia dan akhirat.


























Nama: Qaseh Nur Alya Syuhada Binti Muhamad Hafizd( lahir pada pukul 9.37 pagi)
Berat: 2.5kG,33cm













Usia 2 hari


















Kenyit mata pulak dia.















Qaseh usia seminggu















Qaseh sebulan-3.8kG
Masa dalam pantang pun, Qaseh sudah pantai meniru bunyi2 yang kita buat...












2 bulan - 4.9kG























3 bulan - 5.4kG
Time ni air liur asyik melelah jer...Satu lagi, Qaseh suka sangat posing bila ditangkap gambar.






4 bulan -6kG
This time badan dia menjadi2,
tapi jarang minum susu botol, masih kuat menyusu badan.
Time ni dia dah boleh mengiring sikit2








5 bulan - 6.5kG
Qaseh dah boleh pusing ke kiri ke kanan






























6 bulan -7.2kG
Qaseh dah boleh meniarap, suka gelak,dan suka dengan semua orang.


























8 bulan - 8.2kG
Time ni, dah start lasak dan "banyak akai",pantang nampak satu barang
merengek2 nak,dah dapat dibelek2nya langsung tak boleh pegang barang dia sampailah sekarang. (1 tahun)




10 bulan -8.4kG
Banyak perkataan yang boleh disebut.
mak, bapak, mama, abah,pandai menggelengkan kepala bila tak nak sesuatu, kuat marah, mengamuk dan merengek, tapi peramah, pantang nampak orang jer ditegurnya.."hai". Kurang minum susu, asyik bermain jer.
1 tahun - 8.7 kG.
lagi banyak perkataan yangboleh disebut dan kadang2 boleh tiru kata2 dalam tv, tapi Qaseh masih boleh belum berjalan.

2 comments:

liana said...

Alhamdulillah Qaseh dah besar dah..hehehe dah bleh dpt adik dah ni...

BabyIntan said...

Sangat2 cute qaseh masa baru lahir...muah muah tuk dia :)

Haaa mengimbas kembali kenangan masa tu mmg best kan shila...walaupon byk dugaan but its worth it!