JOM FOLLOW ME

Monday, September 21, 2009

AIDILFITRI PERTAMA 2009

Raya Aidilfitri tahun ni kami sambut di Taiping Perak dahulu, memandangkan tahun lepas, kami sambut di Alor Setar.
Tahun ni abang wan dari Shah Alam dan adikku dari Bintulu turun ke taiping, ni yang seronok bila 3 beradik berjumpa, tapi sayang cuma kakak ku yang berada di Melaka tidak berkesempatan untuk turun beraya bersama kami di sini.
Kelainannya tahun ni di rumah kami, Hari Raya dimulakan dengan Doa dan sambutan hari jadi anakanda tersayang (Qaseh) dan suami tercinta (Hafizd)... bersama, sanak saudara dan jiran tetangga.



















Tengoklah Qaseh, pagi2 lagi dah siap duduk dengan abah yang baru balik dari sembahyang hari raya.Siap tok ayah tiupkan belon lagi untuk Qaseh



















Wah, sambil relax2 lagi tengok tv.. tengok kartun lagi tu...



















Sementara tu, mama readykan lauk pauk, pinggan mangkuk, goodies,cawan untuk para tetamu yang nak datang jap lagi




















Ayang, abg wan, adikku dan ayah siap tolong gantungkan belon lagi untuk harijadi Qaseh




Gambar 5 beranak di pagi raya...
Jarang kami dapat berkumpul, maklumlah semuanya duduk jauh2




Syoknya Rafiqah dan Qaseh...berpakaian sedondon, Bah yang jahitkan...siap bermanik2 lagi...
Memanglah Bah sayang cucunda dia ni...apa lah digelakkan anakku tu...







Posing macho nampaknya ayah cu Qaseh ni, sempat gak abg wan dan Rafique interframe skali ni...ekekek



Bersalaman memohon kemaafan dan restu daripada ayah bonda, mak kak ipar ku skali turut beraya bersama kami,Ni yang membuat kan famili kami bertambah mesra, rapat dan meriah..Ayahku dan menantu lelaki yang manja dengannya...





Abg wan beriya2 minta ampun ni...hahaha banyak salah ni rasanya..ekekeke...Ayah salu sunyi maklumlah anak2 tinggal jauh..time ni lah dapat lepaskan rindu





Jom posing, tahun depan insyaallah adikku pulak ada teman bila beraya,
Tambah lagi sorg anak perempuan ibu dan ayah...mesti lagi meriah ni..







May God Bless our happy family






Posing sat ....ish, mama dah tembam lah Qaseh, raya tahun depan , ma nak kurus pulak







Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin






Ciuman di pagi raya...




Kek Birthday Qaseh dan Babah. kek hadiah daripada ayah cu Qaseh.






Antara jiran2 yang datang






Nenda ku Raja Idris pun nampak happy jer raya ni, anak cucu ramai yang balik.



Menu pagi raya :
Rendang ayam, nasi himpit, pulut kuning, kari daging, kuah kacang,
rendang kerang, air, teh, air sirap, air bandung,






Tok ayah bagi ucapan lah Qaseh buat hadirin esspecially for Qaseh and babah.




Tok ayah masih berucap..




Jiran yang memeriahkan lagi sambutan birthday anakku dan ayah (pak cik ibrahim sekeluarga)




Tok, adikku,sepupu2 dan anak2 jiran nampaknya seronok dengan ucapan dan lawak yang ayah buat. hehe..sampai aku pun tergelak sama




sesi memotong kek lah abah...
"Qaseh nak potong sendiri"


Selamat hari jadi, Qaseh dan abang, Semoga Panjang Umur, Murah Rezeki, dan hidup kita sentiasa bahagia serta direhai Allah sentiasa.


Qaseh mengamuk, nak potong kek lagi
At last, potong lagi skali lah nampaknya.





Auntie Sham jugak turut memeriahkan lagi majlis ni



Oh kesian anak buah baru ku, merangkap adik sepupu baru Qaseh, Adik kepada Wan Nur Rafiqah, Wan Mohd Rafique (5 bulan), lena sungguh...






Dua beradik ni memang rapat dan seronok berpakaian sedondon...





Inilah kak iparku, dia memang ringan tulang, pandai masak...dan memang cekap dalam kerja2 di dapur....
Aku pun sama tau..(ye ker?)ekekekeke



Makan laksa di rumah nendaku..





Apalah agak yang digalakkan kakak iparku ni....ni mesti ayah buat lawak lagi nih...



Inilah dua orang yang sekejap gaduh, sekejap manja..,.mana taknya, adikku kuat betul mengusik (menyakat) Qaseh sampaikan aku pun naik hot...



At last berbaik jugaklah..

5 comments:

ummu_abdullah said...

wahhh, cepatnye masuk gambar... meriah ek raya... siap ucapan lagi tu... bila besday Qaseh? hari raya ke?

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam.....hepi besday buat qaseh dan hzd.....semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki...berkekalan jodoh hingga kesyurga.....amin...

adda said...

wah happeningnye raye.. tp kene keje plak yek.. sabo je la ekk

Intan said...

Meriah mmg meriah! Seronok nye qaseh sambut raya plus besday sekali ye...2 in 1 :)

Cute lah dia berbaju kurung...kek pny warna pon lebih kurang je ye ;)

swurple said...

Selamat Hari Raya!

Terima kasih for reminding me about the joys of family life through your blog :) Found you through Buyhandmade.org You guys look really happy.

Helped me remember some malay...couldn't understand alot though. Your malay is terlalu cekap. haha. All the best!