JOM FOLLOW ME

Wednesday, August 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Sekali lagi MomBloggersPlanet menganjurkan contest,tapi kali ini dengan tajuk Cutest Baby with TOYS.So kami pun tak nak ketinggalan dan nak cubalah lah, manalah tau kalau kali ini nasib menyebelahi

This month’s Baby Photo Contest is proudly sponsored by:


.
Pandangan saya tentang mainan untuk kanak-kanak ia perlulah bersesuaian dengan usianya. Pemilihan warna juga penting untuk meransang perkembangannya.Yang paling penting utamakanlah ciri-ciri keselamatannya untuk mengelakkan daripada sebarang kecederaan.

Kebiasaannya anak-anak berusia 6 bulan ke atas pasti suka pada mainan yang boleh mengeluarkan bunyi, mempunyai kontras warna yang terang dan lembut di mana boleh menarik perhatiannya.Tidak perlulah mainan yang mahal dan yang paling penting ia boleh membentuk perkembangan otak yang baik dan kreativitinya.Mainan juga perlu bersesuaian dengan jantina anak dan pantaulah semasa anak bermainan untuk melihat perkembangannya.

Nama Penuh: Qaseh Nur Alya Syuhada Binti Muhamad Hafizd
Nama Samaran: Qaseh/Putih
Tarikh Lahir: 12/9/2008 (11 Bulan)



Seronoknya Qaseh dapat menggigit mainannya (hujung yang berwarna putih ) diperbuat daripada getah dan selamat untuk bayi..

Gigit dan terus menggigit

Mainan ini apabila digoncang, akan mengeluarkan bunyi


Qaseh kusyuk mendengar music dari alat muzik gajah
(yang berwarna kuning pada gambar atas )

Mainan adalah satu media yang mana boleh menarik minat anak-anak bertujuan untuk perkembangannya, melekakannya dan memujuknya.Contohnya seperti gambar di atas, selepas mandi sukar betul untuk memakaikan pampersnya,belum sempat pampers dibuka,Qaseh sudah merangkak ke sana sini, dan bila mainan diberikan barulah Qaseh leka, dan mudah untuk memakaikan pempersnya.


Qaseh menggigit mainan khas kanak-kanak (getah berisi air), mungkin kerana gusinya gatal


Sejak akhir-akhir ini, Qaseh cukup suka koleksi abahnya (Sponge Bob), Walaupun diberi mainan yang lain, dia tetap akan ke rak koleksi (sponge bob) itu. Mungkin disebabkan terdapat pelbagai rupa dan warna-warna yang menarik pada sponge bob tu. Ada yang memakai topi, berambut hitam, berambut putih, berhidung panjang. Dia begitu leka setiap kali membelek patung-patung tersebut.Setiap satu patung tersebut dibelek dan diletakkan, kemudian ambil yang lainnya dan begitulah seterusnya.Begitu juga sekiranya abahnya melihat siaran kartun tersebut, dia kan leka melihat kartun tersebut, kadang2 sambil menepuk tangan seronok dan leka.

Inilah aksi Qaseh kalau dapat patung tersebut...Kadang2 masuk ke mulut jugak, itulah yang kami risaukan kerana ciri keselamatan perlulah dititikberatkan dan kami sebagai ibu bapa pemantauan amatlah perlu untuk mengelakkan sebarang kecederaan
Cukup seronok dan leka, bila dapat mainan kesukaan abahnya tu..

Diusiknya hidung patung tu....
Dibeleknya itu dan ini...pada patung tersebut
Bola juga jadi kesukaannya, mungkin kerana setiap kali bola tu bergolek, bola itu akan berbunyi. Atas sifat ingin tahu kanak-kanak, Qaseh kemudiannya akan menghentak-hentakkan bola itu di atas tilam atau lantai.kemudian digoleknya...
PhotoBookMalaysia : http://www.photobook.com.my/

2 comments:

ibu_umairah said...

oiiiiiii...temban nyaaa baby niee!!!!!geram tul tengok nyaaa

Unknown said...

salam..comelnye...pinjam toys.

meh ke umah lak..