Beliau adalah bapa saudaraku (isterinya adalah adik ayahku).. Beliau adalah seorang yang positif, berpandangan jauh, tegas sangat penyayang.. permergian beliau kami redha.. dan kami doakan yang terbaik Beliau meninggal akibat serangan strok kedua dan meninggal beberapa minggu kemudian di Hospital Melaka.. Syukurlah, aku sempat menjenguk arwah buat kali terangir sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir
..Apa yang aku tak mungkin lupa pada beliau adalah apabila ku lihat beliau sangat kasihkan anak2nya.. Paling menyayat hatiku semasa arwah sepupuku Arwah Yati menderita kanser kelenjar(kalau ku tidak silap) bagaimana beliau pergi ke rumah kenduri yang tidak dikenali berjumpa dengan tuan rumah meminta sepinggan nasi minyak untuk arwah sepupuku Yati kerana beliau benar2 teringin makan nasi kenduri.. Kasih bapa bawa ke syurga.. beliau lakukan apa sahaja demi anak2 tercinta.. Aku terharu bila melihat keluarga ini yang memang kaya dengan kasih sayang berjuang dan tabah memberi sokongan dan dorongan kepada Arwah Yati menghadapi kanser.Ibu saudaraku ini Busu Rahimahlah tulang belakang kuat keluarga, ku tak sangka beliau lebih kuat semangat dan lebih tabah dr yang kusangka wp beliau sendiri menghidapi darah tinggi .Semoga Allah memberi rahmatnya pada keluarga ini...
Kata2 terakhir beliau padaku semasa raya tahun 2012 masih ku ingat " Anis jaga keluarga kamu baik2 yer.. kamu memang anak yang baik.. adik beradik kamu juga baik2 sebab hubungan keluarga kamu sangat baik.. busu seronok dapat tengok kamu berkumpul sekeluarga gembira macam ni.. kamu bertuah suami kamu juga sangat baik.. busu sayang dak apis tu.. dia mmg budak baik, busu pun slalu berdoa suatu hari nanti busu pun dapat menantu yang baik2 macam ayah ibu kamu ada sekarang...kamu jaga anak kamu baik2 , busu dah kehilangan seorang anak.. busu redha tapi Allah sahaja yg tahu macamana busu hadapi semua ni..sempat jugak beliau ceritakan kisah sahabat nabi dan hikmah berbaik sangka sesama manusia..."
Ya Allah , Kau tempatkan lah busu ku dan arwah sepupuku Yati di kalangan org2 yang Engkau redhai..
-Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment