JOM FOLLOW ME

Saturday, November 24, 2012

RINDUNYA KAT IBU DAN AYAH..MEREKA SENTIASA DEKAT DI HATI.

Setiap aku balik melihat ibu dan ayahku.. rasanya ingin ku peluk keduanya sepuas2nya.. tp ku pendamkan sebab sememangnya dr dulu aku nak mereka lihat ku sebagai anak yg cekal..
Bila lihat gambar mereka terkenang kepayahan mereka membesarkanku, ibu mengambil upah menjahit sepanjang malam untuk memperbaiki kehidupan kami.. ayah yang kerja siang dan malam..sebagai kerani, waiter hotel dan pekerjadi tapak kerja kontrak..dan kadang2 pekerja kilang kari untuk tambah pendapatan, buatkan aku tidak pernah lupa kesusahan mereka dan sangat menghargai mereka.. Aku bertuah sebab masih dapat melihat senyuman mereka di hadapan mataku..
2 karektor yg sangat berbeza, ibu (seorang yg sangat tegas tp mudah di bawa berbincang) dan ayah(seorang  yang sangat penyayang dan sanggup berkorban apa sahaja demi anak dan isteri), mereka saling melengkapi.
Ku berdoa agar Allah berikan mereka kebahagiaan dunia dan akhirat, kesihatan yang baik.
Alhamdulillah..Ku rasakan kebahagiaan yang ku kecapi hari ini adalah restunya daripada rahmat Allah s.w.t..dan terutamanya dr doa mereka berdua,suami , anak2  dan sahabat2 handai .

RESTU ALLAH PADA SESEORANG ITU TERLETAK PADA RESTU KEDUA IBUBAPANYA :)

* betul juga kata org cerdik pandai.. bertuah dan bersyukurlah kalau kita dapat rasakan suatu kebahagiaan kerana bukan semua org mampu milikinya.. kadang kita lihat org yang berumah besar , makan makanan yg enak tp hidupnya tidaklah sebahagia mereka yang makan ala kadar, tp mempunyai tidur yg lena dan kehidupan yang bahagia.. Wallahua'lam.

-Qaseh Kita-

No comments: