Masjid Qiblatain (artinya: masjid dua kiblat) adalah salah satu masjid
terkenal di Madinah. Masjid ini
mula-mula dikenal dengan nama Masjid Bani Salamah, karena masjid ini dibangun di
atas bekas rumah Bani Salamah. Letaknya di tepi jalan menuju kampus Universitas
Madinah di dekat Istana Raja ke jurusan Wadi Aqiq atau di atas sebuah bukit
kecil di utara Harrah Wabrah, Madinah.
Pada permulaan Islam, orang melakukan salat dengan kiblat ke arah Baitul
Maqdis (nama lain Masjidil Aqsha) di Yerusalem/Palestina. Baru belakangan turun wahyu
kepada Rasulullah SAW untuk memindahkan kiblat ke arah Masjidil Haram di Mekkah.
Peristiwa itu terjadi pada tahun ke-2 Hijriyah hari Senin bulan Rajab waktu
dhuhur di Masjid Bani Salamah ini. Ketika itu Rasulullah SAW tengah salat dengan
menghadap ke arah Masjidil Aqsha. Di tengah salat, tiba-tiba turunlah wahyu
surat Al
Baqarah ayat 144[1], yang artinya:
- “Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kamu berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Alkitab (Taurat dan Injil) memang mengetahui, bahwa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan.”[2]
Setelah turunnya ayat tersebut di atas, beliau menghentikan sementara
salatnya, kemudian meneruskannya dengan memindahkan arah kiblat menghadap ke
Masjidil Haram. Merujuk pada peristiwa tersebut, lalu masjid ini dinamakan
Masjid Qiblatain, yang artinya masjid berkiblat dua.
Masjid Qiblatain telah mengalami beberapa kali pemugaran. Pada 1987
Pemerintah Kerajaan Arab Saudi di bawah Raja Fahd melakukan perluasan, renovasi dan
pembangunan konstruksi baru, namun tidak menghilangkan ciri khas masjid
tersebut.[1] Sebelumnya Sultan Sulaiman telah
memugarnya di tahun 893 H atau 1543 M. Masjid Qiblatain merupakan salah satu
tempat ziarah yang biasa dikunjungi jamaah haji dan umrah dari seluruh
dunia.
ALLAH berfirman yang bermaksud:
“Orang yang bodoh itu akan berkata: Apakah yang
menyebabkan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka hadapi selama ini?
Katakanlah (wahai Muhammad): Timur dan Barat itu kepunyaan Allah (maka ke mana
saja diarahkan Allah untuk menghadap, maka wajiblah dipatuhi). Allah yang
memberi petunjuk kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya ke jalan yang
lurus.”
(Surah al-Baqarah, ayat 142)
Antara peristiwa penting dan bersejarah yang berlaku kepada diri Rasulullah
SAW serta Muslimin pada Syaaban ialah peristiwa perubahan arah kiblat daripada
menghadap Masjidil Aqsa di Baitulmaqdis ke arah Masjidil Haram (Kaabah) di
Makkah.
Kisah perubahan kiblat terjadi pada tahun kedua Hijrah. Rasulullah SAW telah
menunaikan solat menghadap ke Baitulmaqdis selama 16 atau 17 bulan. Akan
tetapi, baginda ingin menghadap ke arah Kaabah sebagai kiblatnya. Setelah
diperintahkan Allah untuk berpaling ke Kaabah, solat pertama yang dilakukan
Baginda ialah solat Asar diikuti beberapa orang sahabat. Sesudah itu, seorang
sahabat keluar dari masjid itu dan melihat dalam masjid orang sedang rukuk dan
masih menghadap Baitulmaqdis.
Maka dia berseru: “Demi Allah, aku bersaksi bahawa aku bersolat bersama Nabi
Muhammad SAW menghadap ke Kaabah di Makkah. Kemudian orang yang bersolat itu
terus berpusing menghadap ke Kaabah dalam solat itu juga.” (Hadis riwayat
Bukhari)
Ibnu Sa‘ad di dalam kitab al-Tabaqat meriwayatkan
bahawa Rasulullah sedang melawat Ummu Bisyr bin al-Barra’ bin Mabrur di kawasan
Bani Salamah. Beliau menyediakan jamuan untuk Rasulullah SAW dan sahabatnya.
Apabila tiba waktu solat Zuhur, Baginda bersolat di masjid perkampungan itu.
Sedang Baginda berada dalam rakaat kedua solatnya, turun wahyu daripada Allah
memerintahkannya menukar arah dari Masjidil Aqsa ke arah Kaabah di Masjidil
Haram.
Baginda terus berpaling menghadap ke arah Kaabah
ke sudut bertentangan dengan mizab (saluran emas) dengan pusingan 180 darjah dan
terus menyambung baki solatnya. Oleh itu masjid berkenaan dinamakan Masjid
Qiblatain yang masih ada di Madinah dan menjadi salah satu tempat lawatan jemaah
yang mengerjakan umrah mahu pun haji.
Perubahan arah kiblat adalah satu tamparan cukup hebat kepada kaum Yahudi
yang selama ini begitu berbangga dengan kiblat mereka iaitu Baitulmaqdis
sehingga mereka mencemuh dan mengejek umat Islam kerana terpaksa bergantung
walaupun dalam menentukan arah solat pada ketika itu.
Malah, kewajipan bersolat menghadap kiblat adalah satu perintah dan ketetapan
daripada Allah dan sesiapa saja tidak boleh mempersoalkan mengapa perlu
menghadap Kaabah apabila melakukan solat. Inilah sebenarnya konsep ketaatan dan
kepatuhan yang mutlak hanya kepada Allah saja dalam apa juga keadaan dan tidak
boleh disamakan dengan ketaatan kepada makhluk.
Berkaitan Kaabah, Rasulullah pernah bersabda:
“Kaabah itu kiblat bagi orang yang di dalam masjid, dan masjid itu bagi orang
yang di Tanah Haram (Makkah), dan Haram (Makkah) itu kiblat bagi penduduk bumi
dari barat hingga ke timur daripada umatku.” (Hadis riwayat Al-Qurthubi)
Kemuncak daripada peristiwa ini ialah ia melambangkan kebenaran daripada
Allah untuk kembali berkiblatkan Kaabah, sekali gus ia contoh doa Rasulullah
yang dikabulkan Allah kerana Rasulullah sudah lama mengangkat tangannya berdoa
dan memandang ke langit meminta pertukaran kiblat ke Kaabah. Permintaan
Rasulullah SAW telah diperkenankan Allah pada bulan Syaaban.
Selanjutnya, sebahagian kaum Muslimin berkata: “Kami ingin mengetahui
mengenai orang yang telah meninggal dunia sebelum pemindahan kiblat (dari
Baitulmaqdis ke Kaabah). Bagaimana juga dengan ibadah solat kami sebelum ini
ketika kami masih menghadap Baitulmaqdis.
Maka turunlah ayat 143 surah al-Baqarah yang menegaskan bahawa Allah tidak
akan mensia-siakan iman mereka yang beribadah menurut ketentuan ketika itu.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dan demikianlah Kami jadikan kamu (umat
Muhammad) sebagai satu umat pilihan dan pertengahan, supaya kamu menjadi pemberi
keterangan (saksi) kepada umat manusia (kebenaran dan kebatilan), dan Rasulullah
akan menjadi saksi kebenaran kamu. Dan Kami jadikan kiblat yang dulu itu
hanyalah sebagai ujian untuk mengetahui siapakah yang benar-benar mengikut Rasul
dan siapa pula yang berpaling tadah. Dan sesungguhnya (peralihan arah kiblat)
itu sangat berat kecuali kepada orang yang telah diberikan petunjuk oleh Allah.
Dan Allah tidak akan mensia-siakan dan menghilangkan keimanan kamu. Sesungguhnya
Allah Maha Mengasihani dan Merahmati orang yang beriman.” (Surah al-Baqarah,
ayat 143)
-Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment