Haahaha.. rasa dah lama sangat dah tak naik rapid pergi kerja. Semlam, oleh kerana cik hubby kerja malam, walaupun dah terlambat untuk ke tempat kerja waktu pagi.. ku nekad nak naik bas rapid jugak.. tak sanggup nak mengharungi jem apabila balik kerja nanti :)
Akhirnya hajat terlaksana..:)
Balik dari kerja.. ku sendiri pun rasa tak sihat dan x sedap badan.. ku dah mula selsema.. badan rasa seram sejuk. Balik singgah ambik Sofea di rumah mama ana dia , Sofea pun selsema jugak... Samalah kita ber dua nak..Sunyinya sesampainya di rumah.. maklumlah hanya tinggal kami berdua jer.. :) Sofea pun agak merap tp syukur alhamdulillah.. wp agak selsema teruk, dia masih mahu menyusu..tp.. tiba2 dia terbatuk terus muntah dengan susu yang baru jer dia minum tadi....skali dengan kahak2nya.. syukur juga wp risau.. sekurang2nya kluar juga kahaknya..Kami berdua tidur malam tadi tanpa kipas dan aircon.. sama2 rasa x sedap badan.. tp tidur cukup lena bermula 2 pagi sampai 4 pagi...
Sebelum tido tu teringat jugak kat cik puteh yang ada di rumah tok ayah dan bah ibunya..:) Seronok katanya sekolah TASKI di sana..dia comlain sebab ku balik selepas menghantarnya semalam.. lupa nak turunkan kasutnya sekali.. Jadinya dia pergi ke sekolah pagi tu tanpa kasut.. tokayahnya yang dukung sampai ke pintu kelas...cuma masa balik bah ibu dukung dan terus bawa ke kedai selipar..Sorrylah nak.. mama ni banyak pikir sampai terlupa :) bila di tanya macamana sekolah.. katanya sibuk berlatih sukan utk hari sukan Ahad nanti..dan tak sabar nak naik bas ramai2 dgn kwn sekolah utk ke Hari Sukan Sekolah tersebut..Cik puteh mmg anak yg baik dan penyayang.. sempat jugak dia bersembang dengan cik manis..yang adiknya dok "tatak..tatak.."sambil mengusik2 dan bergelak2 2 bradik ni ..:). Sebelum meletak telefon semalam.. sempat dengar cik puteh kata" mama, kakak sayang mama, adik, abah.. mama jangan risau.. kakak rajin buat kerja sekolah dah.. kakak kat sini jaga tok ayah dan bah ibu jugak...:) bye mama.. luv u..:)
Rindunya anak2ku dan suami..
No comments:
Post a Comment