Sebenarnya takder apa2 pun yang nak dikongsi sangat.ku sekadar hilangkan kebosanan kerana sampai sekarang 2.20 am, aku masih belum boleh lelapkan mata.
Actually takder apa sebabnya cuma dah terbiasa dengan rutin kerap berjaga malam sejak dari mengandug anak ke2 lagi.
Bila tgk anak2 tido sebak pulak rasa hati bercampur jugak dengan bahagia... Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat apabila dikurniakan dengan 2 puteri yang sangat comel dan manja.
"Ku benar2 bersyukur ya Allah dengan pemberianMu"
..Terkenang2 kata sorg kawan ku.. ku kira bertuah kerana perkahwinan ku dikurniakan anak sedangkan dia hampir 5 tahun berkahwin, belum ada rezeki.. Walaupun ku tiada kemewahan tapi wang boleh di cari, tapi bila timbul soal anak..Hanya Allah sahaja yang dapat membantu.Semoga dia jugak akan murah rezeki.
Mlam2 begini terkenang jugak suami yang kerja malam..kesian abang berhempas pulas mencari rezeki untuk sara dan jaga kami.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas ketulusan hati abang. Aku rasa sangat bertuah juga, suamiku adalah seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab pada keluarganya.Semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan sentiasa dilindungi Allah.Amin..
Qaseh Kita-
No comments:
Post a Comment