Alhamdulillah last week ku pergi buat maternity check up di Maternity Hospital, Hasil discussion bersama Dr dan setelah ditimbang buruk baik, keputusan telah pun dicapai. Dr memberikan date untuk ku admit hospital iaitu lusa (Khamis 25/8/11) dan date c-section pada (Jumaat-26/8/11).
Jika ditanya tentang perasaanku pastinya aku berdebar hanya Allah sahaja yang tahu.. Walaupun sebelum ni ku memang ada pengalaman melahirkan anak secara c-section tp pengalaman berpantang dan dan menjaga luka bersalin agak mengambil masa yang agak lama dan perlukan penjagaan yang teliti.
Hari ni lastday ku datang kerja.. then esok ku start cuti raya dan melahirkan..dan agenda ku esok nak bawa Qaseh beli baju raya di samping berehat..dan mengemas barang dan rumah.
Kali ni ku akan cuti lama sehingga Nov (sampai Raya Haji)..
DI KESEMPATAN BULAN YANG BAIK DAN BERKAT INI,KUSUSUN SEPULUH JARI MEMOHON AMPUN DAN MAAF,ZAHIR DAN BATIN JIKA ADA SALAH DAN SILAP YANG TELAH KULAKUKAN...SALAM LEBARAN SEMUA
-Qaseh Kita-
2 comments:
kak anis...semoga semuanya selamat!!
selamat hari raye!!
thanks nazirah.. salam lebaran
Post a Comment