JOM FOLLOW ME

Wednesday, May 25, 2011

FOLLOW UP CHECK UP SEMALAM

Semalam mamaQaseh bangun lambat untuk ke check up , alamatnya... terpaksa facing jem ar cam biasa...ni semua gara2 tak boleh tido malam.. pukul 3.30 pagi baru boleh lelap, then pukul 5 dah nak bangun..tengok2 pukul 6pagi baru tersedar...dengan mandinya dan menguruskan Qaseh tambah masa perjalanan, sampailah di klinik pukul 7.50 pagi.. Babah Qaseh yang kerja malam awal2 lagi dah sampai... menunggu untuk menemani kami.Nasiblah orang belum ramai lagi.. kalau tak alamatlah menunggu lama.

Cam biasalah rutin biasa yang akan dilakukan.. check berat badan, check air kencing, darah.. then baru jumpa Dr untuk scan skali lagi..Kali ni barulah tahu, rupa2nya air ketuban dalam kandungan tu berlebihan..Dr pun takder jawapan mengapa ia terjadi.. So, Jumaat ni kata Doktor, mamaQaseh kena menjalani semula ujian diabetis (minum air gula-ni yg paling tak suka ni tp terpaksalah nampaknya) dan mengenai kandungan air ketuban yang berlebihan tu, mamaQaseh akan diberi tarikh temujanji dengan Dr pakar di Maternity Hospital Penang yang masih belum tahu bila lagi.. kena tunggu pihak klinik call.

Buat masa sekarang apa yang boleh mamaQaseh lakukan adalah berserah kepada Allah di samping mencari serba sedikit pengetahuan mengenainya... mamaQaseh redha..

Ikhlas- Qaseh Kita

No comments: