JOM FOLLOW ME

Friday, December 11, 2009

SUAMIKU DAN BATU KARANG


Semalam hampir seharian ke General Hospital menemani suamiku medical check up. Ini kali ke3 kami berulang ke sana kerana suamiku suspected terkena batu karang. Bulan lepas buat x-ray, doktor masih gagal mengetahui samada kesakitan yang selalu dialami suamiku disebabkan oleh batu karang,tetapi semalam suamiku setelah membuat ultrasound,batu karang dikesan di kedua2 belah pinggang suamiku, tapi masih kecil dan diperingkat awal... tapi banyak makanan juga yang perlu beliau pantang. Menurut Dr. batu karang yang ada pada suamiku berpunca pada uric asid yang berlebihan...
Terkenang pada kali pertama beliau sakit, buat aku terkejut. Kebetulan pada hari tersebut aku cuti, apabila beliau balik dari kerja ku lihat muka beliau pucat menahan sakit, ku ingatkan sakit ulser perut yang beliau alami 2 tahun lepas datang kembali.... dan ku bawa beliau ke klinik .Mujurlah aku boleh drive..anakku ku tinggalkan sementara pada makpengasuhnya, maklumlah dengan keadaaan yang merisaukan...aku terpaksa buat begitu. Hampir 15 min menunggu Dr, ku lihat suamiku sudah menunduk sujud ke lantai menahan sakit, tanpa berlengah lagi, ku terus memanggil Dr dan beliau disuntik kiri dan kanan pinggang berdasarkan sintom sakit batu karang yang beliau alami, (bapa mertuaku juga mempunyai sakit yang serupa tapi telah pun dibedah 2 tahun yang lalu).Setelah dirawat, suamiku disuruh rujuk ke wad emergency pada malam itu juga..Sesampainya beliau di wad emergency, hasil pemeriksaan yang dilakukan, Dr mendapati dalam kencing suamiku terdapat darah, dan sejak hari itu setiap bulan ku menemani suami tersayang untuk buat check up.Aku berdoa semoga beliau cepat sembuh , tak sanggup rasanya melihat beliau menahan kesakitan....

3 comments:

~pendekgemukbertompok.~ said...

kesiannya,sakit batu karang mmg sakit sgt2,kalo perempuan sakit branak yg paling terok,kalo laki batu karang dah kut yang paling atas..

semoga cepat sembuh

pja

NoreLL said...

kim slm kat apitz.
ksian ye laki ko..
hrp byk bersabar...

Alimaz-Kembara Terasing said...

salam....allah sedang menguji anda....bersabarlah...