Ni first time mamaQaseh kena taq dari mamaAdam.soalannya, satu jer :Adalah baik sekiranya anda menulis 15 perkara yang orang tak tau pasal anda semasa kecil. Di hujung entry anda harus memilih 7 org untuk ditag!
1. Masa ku kecik2 aku susah nak makan, pelbagai cara ibu aku buat nak suruh aku suka makan, contohnya, pelbagaikan makanan, bg vitamin kat aku, tak jalan gak...at last jumpa gak solution, suap aku makan sekali ngan anak2 jiran (kawan aku).aku suka makan ramai2,seronok.Rupa2nya adik aku pun sama.
2. aku paling teror main lompat getah berbanding kawan2 aku yang lain,mesti menang punya
3. kawan baik aku masa kecik adalah satu-satunya adik lelaki aku,kita salu pakai baju dan seluar yang sama.
4. style rambut aku dari kecik sampai tingkatan 2 style yang sama (square cut),setakat bahu
5. aku suka makan tomato, sampai setiap kali ibu bagi duit blanja sekolah mesti habis beli tomato, adik aku pun salu habiskan duit sekolah dia untuk beli tomato kat aku
6. aku terajar ajaran sesat kat adik aku, masa kecik2 dulu, waktu bulan puasa, waktu zohor kami akan sembahyang kat surau, masa ambil air sembahyang adik aku tanya "kak, terminum airlah waktu kumur2, aku ngan selambanya kata kalau terminum waktu kumur2 takper".....
7.aku suka makan nasik lemak makcik ilah (blok 5),hari2 kalu gi sekolah agama ibu mesti bagi 30sen beli nasik lemak lauk sambal paru2.sampai sekarang aku rindu nasik lemak tu.Makcik Ilah tu pun dah pindah ke mana entah
8.salah satu lagi makanan kegemaran aku ialah spegetti kat Pizza Ria kuching, sarawak. kat tempat lain tak sesedap macam kat kedai tu
9. Aku suka makan nasik bila ayahku letakkan minyak ikan kat atas nasik.sweet time.Aku puin suka bila ayah masak ayam atau hati masak kicap,yang kelakar rupa lauk tu macam nak hangus, tapi sedap!!!!siap tambah2 lagi aku, ibu dan adik aku.
10.Masa kecik2 aku ngan adik aku salu baring kat ruang tamu tgk tv, kadang2 sampai tertidur kat depan tu, so ayah aku salu angkat kami masuk ke dalam bilik.kadang2 aku tak tido pun tapi pura2 tido sebab nak suruh ayah angkat dan letak atas katil kat dalam bilik. (alamak kantoi kalau ayah bukak blog ni).
11.Aku paling suka makan gulai tempoyak ibu,tapi aku tak suka durian.
12.aku dari kecik salu tolong ibu ayah,hari2,setiap petang ikut ibu dan ayah kerja kat kilang rempah mak siti,tolong ibu bungkuskan rempah, maklumlah masa kecik2 hidup kami susah sangat, ayah siap kerja part time ptg dan malam lepas balik kerja office.ibu pulak tambahkan kewangan dengan menjahit.
13.aku seorang kakak yang baik (cewah puji diri sendiri). aku akan pastikan adik aku sentiasa ok, kalau aku dengar jer orang buli adik aku, hahah...habislah orang itu.sampai semua orang takut nak kacau aku,adik aku dan kawan2 aku.
14.Aku dulu suka tido petang, sampai tersilap, bila bangun waktu maghrib nak mandi, ku ingatkan subuh, siap pakai baju sekolah. last2 ibu kata....dah magrib dah...sembahyang.hahaha... Sekali lagi aku terkena masa aku dok kat asrama masa di IKM dulu....sampai semua kawan 1 bilik asrama gelak kat aku sebab sembahyang subuh pukul 12 malam, masa tu dorg baru balik dr bilik tV.aku ingat dorg dah pergi kelas...rupanya jam aku mati....
15.aku sebenarnya budak yang manja walaupun pada zahirnya ku nampak seperti tak suka dibelai oleh family.memang kelakuan ku agak serius dan bercakap pun dengan nada yang serius. sebab sedari kecik aku memang dididik dengan penuh disiplin oleh parentku.Tapi hakikatnya selepas berkahwin ni dan mempunyai seorang anak, aku lebih bersifat keibuan dan agak lembut sedikit berbanding dulu...
2 comments:
hi hi hi... lebiy kurang sama jerk ngan perangai kita masa kecik.. Ada gak pura2 tido sbb mls nak bangun gi kat bilik .. tapi part mkn tomato ari2 tu yg x leh tahan tu... kih kih kih.. kita abis duit beli cikedis :)
hi hi hi... lebiy kurang sama jerk ngan perangai kita masa kecik.. Ada gak pura2 tido sbb mls nak bangun gi kat bilik .. tapi part mkn tomato ari2 tu yg x leh tahan tu... kih kih kih.. kita abis duit beli cikedis :)
Post a Comment