JOM FOLLOW ME

Sunday, August 23, 2009

Contest Kenangan Berpuasa



















Contest ni adalah anjuran http://mamamanja79.blogspot.com/ yang bermula

pada 22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
10 September 2009 jam 5.00 petang
Keputusan akan diumumkan pada
14 September 2009 jam 9.00 pagi.

Bila mengenangkan kembali tentang kenangan berpuasa buat kali pertama membuat kan aku kembali ke zaman kanak-kanakku. Boleh juga dibanggakan pertama kali aku puasa penuh ketika umurku 6 tahun.Inilah hasil didikan ibuku yang begitu garang.Tapi yang seronoknya, ibu telah memberikan galakan kepadaku, dengan sehari aku berpuasa, aku akan diberikan RM1.

So aku pun apa lagi, taknak tinggal puasa, nanti duit pun x dapat.

Ibuku juga cukup mementingkan disiplin dalam mendidik anak, masih terkenang lagi masa umurku 5 tahun,disebabkan aku tidak berpuasa, aku tak dibenarkan sama sekali duduk makan dengan orang yang berpuasa, dan sejak hari tu aku pun cuba berpuasa walaupun separuh hari supaya dapat merasa keseronokkan makan beramai-ramai ketika berbuka puasa dan tidak mahu diasingkan.Banyak juga yang dapat ku pelajari dari bulan puasa tersebut, keseronokkan mengerjakan sembahyang terawih dan morey bersama jemaah yang lain.

Banyak juga kenangan manis yang lain pada bulan ramadhan ni, terutama ketika bangun sahur. Kenangan manis yang paling melucukan,masa kecil2 aku cukup susah bangun sahur, kadangkala sampai kena marah, bila sampai di meja makan pun boleh tertidur sampai muka tertumus ke dalam nasi.Lepas makan pula kena tunggu sampai azan subuh untuk sembahyang subuh, dulu inilah perkara yang aku cukup lekit,sampai kena tarik telinga..tengah sembahyang pun gedebuk boleh jatuh kerana terlalu mengantuk..hahaha...

Kadang2 lepas balik sekolah sementara nak menunggu waktu berbuka puasa, mulalah mengadu dengan ayah"ayah, tak tahan laparlah ayah, rasa macam nak mati". ayah pun suruh sabar, lagi sejam sahaja sambil tersenyum simpul.Bila di sekolah juga tengok ramai di antara kawan2 yang tak puasa, tapi mujurlah kuat juga semangat bila mengenangkan kata2 ibu."Orang yang berpuasa Allah sayang".Tiap2 petang ada saja ganjaran untukku kerana berpuasa,ayah akan belikan air tebu untukku berbuka.Begitu juga menjelang raya, kami kan sama2 membuat kuih raya, terutama biskut Y dan kuih dam kegemaranku.Baju raya juga pasti ada untukku.
Paling tidak dapat dilupakan kenangan bermain bunga api dan mercun bersama kawan2. Ada juga antara kawan2 yang tercedera kerana mercun dan bunga api.Mujurlah kami tidak terkena apa-apa

Kepada rakan-rakan yang lain, jomlah hangatkan contest ni.....




1 comment:

Mamamanja said...

salam...
ntah camner.. jenjalan tetiba sampai lak kat blog nih.
terkejut tengok ada join contest MM, tapi kenapa x tinggalkan komen atau link entry kat ruangan komen contest MM? kalo x MM xtau qaseh ada join contest nih.

nih pun kebetulan TERterjah.

so MM harap qaseh dapat tinggalkan link entry ini ke ruangan komen entry contest diblog MM - terlupa gamaknya yer???
dan jangan lupa jadik follower.... :)

apapun thnx sudi join contest MM