JOM FOLLOW ME

Wednesday, July 8, 2009

HOMEWORK BARU..hahaha

Bila kita dah lama kawin susah untuk memulakan sesuatu yang dulunya lazim kita lakukan semasa baru kahwin.Kadangkala akibat dari perpisahan yang lama atau sesuatu pertengkaranmasing-masing malu untuk melakukan gerakan pertama. Dibawah ini ada sedikittips dari saya. Harap-harap anda akan berjaya.

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalaulihat si dia sibuk dan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuatkerja, cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedang dibuatnya.Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak? Bukan apa,bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untuk menambahkan kemesraan,tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah naya namanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikitmata itu pada yang tersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendakmengenyitkan mata. Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronokmengusik si dia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggemberikan hatianda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasanganambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil angannya, bukanambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, 'ops, maaf terpegang,tak sengaja'. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja padaanda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia.Tetapi sebelum itu, pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah andadan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk andamelakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikittetapijangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap.Bukan apa, kalau nampak sikit kanlebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda takperasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada 'ummphhh!'.

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajingerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidaksengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manjabadan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketikamenonton televisyen atau semasa berbual-bual.

7. Usik melalui telefon.Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si diadengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang.Anggaplah seperti orang salah nombor. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar diamarah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah padaanda perkenalkan lah diri anda. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agargurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya,anda pula dimarahinya.

8. Suapkan makanan.Bukan anak sahaja makan nak kena suap. Si dia punsekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradapketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja,diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalaurambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu.Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah,romantiknya.

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarikperhatian si dia? Apa kata, cubaubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam sidia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masihrelevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia.Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanyadilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda inginsalin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tualaterjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukantidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalu tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masayang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kataanda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya.Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula padaanda.

14. Gesel-geselKalau berjalan di tempat sempit, janganlahmalu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagirapat lagi bagus. Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, caraini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlahpula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lainpula jadinya. Elok-elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak kekes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarangdipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut padatelinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hariini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan andaterasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahiYang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu.Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat,tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurgasesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi.Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pastitenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan bajuWaktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masayang paling sibuk. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masingterkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suamiisteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkanpakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia.Mesti senyum lebar si dia.

1 comment:

Qastalani® said...

jom join "MANGSA BULI CONTEST" di blog I !! Tarikh tamat 19th Oct 09 http://karipapsayur.blogspot.com