JOM FOLLOW ME

Showing posts with label MAMA. Show all posts
Showing posts with label MAMA. Show all posts

Sunday, July 6, 2014

KERJA KERJA



-Qaseh Kita-

REFRESH KNOWLEDGE



Refresh ilmu

-Qaseh Kita-

DALAM PANTANG, POKOK PUN TERBIAR

masa untuk mengemas pokok, yang  x terjaga hampir 3 bulan.. En suami pulak mmg sibuk kerja memanjang,, jadinya tempoh berpantang atau duduk diam telah tamat :)
nak buat kerja, anak manja 2 org ni x boleh tinggal bahaya
masing2 ler dengan stroller masing2

hmm.. nilah dia 3 bulan tak dipedulikan
cik manis yg sememangnya paling rajin membantu mama

Tara.. dah siap

-Qaseh Kita-

MAKANAN SARAWAK

Mengidam makanan sarawak semasa mengandung .. tapi akhirnya dapat merasainya selepas habis berpantang berhampiran bulatan Pahang, belakang Hospital Tawakal , Kuala Lumpur
Time ni jugak beli tapau dan bawa balik ke rumah sahabat baikku, Layha.. dan juga buat ibu dan ayah di Taiping.
Dapur Sarawak, servicenya yang tidak berapa bagus dan kurang mesra, mungkin sebab baru buka kedai (11 pagi), entahlah.. tapi masakannya :) mmg sedap.


-Qaseh Kita-

Thursday, October 25, 2012

KETUPAT DAUN PALAS


Hari ni aku nak buat cubaan pertama buat ketupat daun palas sendiri tanpa bantuan sesiapa.. hehe.. Semoga Allah permudahkan.. :) Tapikan permasalahannya hari ni ku kerja 7pg sampai 7mlm... Sampai kat rumah mlm karang mesti penat ...satu benda apa pun x buat lagi.. ibuku dah belikan daun palas dan pulut.. my pumpkin(my hubby) pun dah belikan santan..emh cuma tinggal nak jalankan projek ketupat ni jer.. 
Yang sebenarnya ku pernah tolong mak (ibu mertuaku) buat ketupat ni masa hari raya aidil fitri baru2 ni.. tp tahu jerlah saya budak baru belajar..x berapa pandai pun..so untuk memahirkannya dan untuk anakku cik puteh dan my hubby yang suka sangat ketupat daun palas ni.. mama cabar diri mama sendiri.. buat yang terbaik untuk kalian tersayang..Doakan yer cubaan pertama ni menjadi dan sedap insyaallah..:)
-Qaseh Kita-

Tuesday, April 10, 2012

HOBI BARU MAMA

Nilah hobi baru ku.. wp x berapa kemas dan cantik.. tapi inilah hasil kerja tanganku yang pertama.Ini adalah untuk mengisi masa lapang...

Thanks to my dear husband sbb sanggup belikan kit yang kuminati..

Thanks sayang



Boc untuk Qaseh Syuhada dan Qaseh Sofea


-Qaseh Kita-

Saturday, February 18, 2012

MAMA DEMAM


Oh, hari ni ku pula demam.. Ya Allah rasa tak larat sangat... tapi ku kuatkan semangat kerana anak dan suami yang juga letih baru balik kerja malam...Mujurlah suami memahami.. apabila ku tidak menyediakan sarapan pagini.. Beliau turun ke dapur lagi masakkan nasik goreng cara arwah toknya(rindu arwah tok katanya).Mujurlah hari ni tiada kerja rumah yang nak dibuat.. Semua settle.. Itulah bagusnya kalau dalam diri sendiri semua dititik beratkan disiplin dari awal..So tiada kerja tambahan apabila masing2 tahu tanggungjawab masing2..Fuhh.. Lega, Alhamdulillah
Rumah bersih.. hati pun tenang
-Qaseh Kita-

Monday, February 6, 2012

KERJA .. KERJA.. KERJA

Cuti Maulidurrasul dan Thaipusam ni nampaknya ku tak cuti ler jawabnya.. banyak kerja lagi yg perlu di settlekan.. hmmm..rindu kat anak2 dan suami yang cuti dan berada di rumah..
Cam nilah kitorg ni susah nak spend masa cuti bersama2.. kalau dapat pun 1 hari kami akan spend dengan balik kampung.. mana taknya itu jerlah peluang pun nak balik kampung pun..syukur alhamdulillah..nasib kampung2 kami dekat.kerana masa begitu terhad... Jarang dapat spend cuti bersama suami dan anak2 di umah sendiri.. Bila sorg kerja, sorg cuti.. Gitulah sebaliknya...takperlahkan.. asalkan bahagia yer tak?

Kami begitu bertuah , kadang kedua ibu bapa kami singgah dan datang ke rumah. Syukurlah dapat keluarga yang penyayang dan caring.Thank ibu ayah, mak .. abah... adik beradik ku semua..

Hahaha.. dan lagi berposing sambil snap gambar board dan unit yang failed...hahahah
Emh.. macam hari ni teringat rasa nak balik Taiping sebab abgku dari Shah Alam turun ke rumah ibu.. tapi apakan daya tak dapat jugak coz busy.. Tapi abg dan kakak iparku mmg memahami.. dia datang jugak tido d umah..terubat rasa rindu..
Kerja yg x sudah
kerja.. kerja.. kerja
Ni lah meja aku.. hihii... dan lg update blog sementara unit under testing.. kih kih
-Qaseh Kita-

Saturday, February 4, 2012

NUKILAN DI TENGAH MALAM

Sebenarnya takder apa2 pun yang nak dikongsi sangat.ku sekadar hilangkan kebosanan kerana sampai sekarang 2.20 am, aku masih belum boleh lelapkan mata.
Actually takder apa sebabnya cuma dah terbiasa dengan rutin kerap berjaga malam sejak dari mengandug anak ke2 lagi.
Bila tgk anak2 tido sebak pulak rasa hati bercampur jugak dengan bahagia... Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat apabila dikurniakan dengan 2 puteri yang sangat comel dan manja.
"Ku benar2 bersyukur ya Allah dengan pemberianMu"
..Terkenang2 kata sorg kawan ku.. ku kira bertuah kerana perkahwinan ku dikurniakan anak sedangkan dia hampir 5 tahun berkahwin, belum ada rezeki.. Walaupun ku tiada kemewahan tapi wang boleh di cari, tapi bila timbul soal anak..Hanya Allah sahaja yang dapat membantu.Semoga dia jugak akan murah rezeki.
Mlam2 begini terkenang jugak suami yang kerja malam..kesian abang berhempas pulas mencari rezeki untuk sara dan jaga kami.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas ketulusan hati abang. Aku rasa sangat bertuah juga, suamiku adalah seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab pada keluarganya.Semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan sentiasa dilindungi Allah.Amin..
Qaseh Kita-

Friday, January 27, 2012

PAPRIK DAGING

Paprik daging adalah favouriteku.. Frankly, nilah adalah first time ku masak parik.. hehehe.. puas makan.. alhamdulillah ..syukur dengan rezeki yg Allah berikan
-Qaseh Kita-

Saturday, January 21, 2012

LAMAN FACEBOOK BERGUNA JIKA DIGUNAKAN PADA JALAN YANG BETUL

Sebenarnya banyak perkara yang nakku updatekan dalam blog ni tapi kekangan masa tak mengizinkan..Yerlah sebenarnya diri sendiri yang tak pandai membahagikan masa.
Hari ni bertambah2 ku susah hati kerana cirit birit sofea tak pulih2..
Inilah yang ku poskan dalam facebook:
sapa boleh bantu,anak saya cirit birit sudah tiga minggu, usianya 4 bulan lebih... kami dah pun jumpa pakar kanak2,beliau cuma advice teruskan penyusuan dan beliau bekalkan juga susu tanpa lactosa,pribiotik dan ubat supaya tidak cirit birit lagi (dan supaya tidak dihidrasi), tapi cirit birit ni masih terus berlaku walaupun ubat diberikan secara rutin dan berdisplin... any advice.. plz
..Inilah kebaikkannya laman sosial jika digunakan pada jalan yang betul, untuk berkongsi pendapat. Banyak feedback yang kuterima, salah satunya PM dari friend list ku
Salam wan hanis mcmn nak tau ank cirit birit? Baby gal nk msk 5 bln jgk. Lately ni dia buang air besar kerap tp sikit2,, tp kan, blh dikatAkan pas minum je dia buang air besar tp tgk najis dia mcm normal tp a bit cair.. Wan hanis kan ade p galaman sharela sikit.. Cuma yg sy pasan sy suke godak milo sbb period tkut susu drop. Tq yaB
Rupa2nya baru ku sedari, ku banyak minum milo sejak akhir2 ini coz ku takut bekalan susu perahanku untuk stok sofea drop.thanks Wan Syhaida Wan Hussien..baruku tahu inilah puncanya..milo dengan susu pekat manis, kadang2 dengan krimmer.. anakku tak sesuai kot.
Terima kasih semua kerana banyak membantu dan memberikan pendapat.. saya sangat menghargainya.. Inilah kawan yg baik.. sentiasa ada bila diperlukan.. thanks semua..

Wednesday, January 18, 2012

MY NEW PURSE


Thanks to sayang di atas hadiah "purse" baru tadi..ma mmg suka sangat purse ni.. syg abg..
-Qaseh Kita-

Friday, November 18, 2011

RAPID PENANG

Setelah sekian lama tak naik bas rapid.. entahlah pg tadi bangun saja dr tidur terpanggil utk naik bas rapid ke tempat kerja.. tambahan hari ni hari jumaat mmg confirmnya jem jambatan pulau pinang.. kalau naik bas.. santailah sikit.. boleh tenangkan fikiran dan tengok keindahan ciptaan Allah di luar sana.Oh indahnya..

Sesampainya di tempat kerja.. rasa rindu sangat kat 2 puteriku tu..Alangkah seronoknya kalau dapat berada di sisi mereka setiap masa....

-Qaseh Kita-

Tuesday, August 16, 2011

TERINGINLAH NAK MAKAN KETUPAT RENDANG

Teringinlah nak makan lemang,ketupat ,rendang.. tak tahulah bila ada rezeki boleh dapat makan ni..

Mana tidaknya hari2 balik kerja 7 mlm.. bazar ramadhan pun dah tutup..

Hari cuti.. Sabtu jerlah pun ..

Harap2 sempatlah agaknya dapat makan ... sebelum bersalin nanti..

Ya Allah, murahkanlah rezeki ku dan keluarga kami..

amin..

-Qaseh Kita-

Tuesday, July 26, 2011

CHEE CHEONG FUN



Sekian lama teringin.. akhirnya ada jugak rezeki hari ni.. memang sedap..

Agaknya baby dalam rahim ku ni sama macam babahnya juga suka chinese food...

-Qaseh Kita-

Monday, June 20, 2011

HARI INI SANGAT MENGANTUK....



Makin hari badan rasa terlalu letih sangat.. ini bukan apa.. ini disebabkan selalu tak boleh tido malam sejak akhir2 ini.Kandunganku makin besar, makin sukar nak lelapkan mata pada waktu malam, ditambah lagi rasa bahang dalam badan dan cuaca sekarang yang agak panas.
Tapi kesan ni memberi impak waktu berkerja di siang hari..
Contohnya hari ni...
Malam tadi susah betul lelapkan mata...masa pukul 1 pagi aku masih terkebil2 sensorg sambil membelai anakku.. sedar2, jam pukul 4.30 pagi dah alarm berbunyi..bangunlah sahur (ganti puasa) dan bersiap terus untuk ke Bandar Sunway menaiki bas rapid untuk ke tempat kerja, sebelum tu ku dropkan Qaseh kat rumah baby sitter pukul 5.30 pagi.Sampai di tempat kerja 5.25 pagi.. ku terus ke surau untuk solat subuh.. seawal 7 pagi ku mmg dah ada di meja ku...


Ku hanya naik bas rapid ni kalau shiftku dan husband berlainan (kalau husband kerja malam).Bila ku fikirkan balik, memanglah agak renyah untuk aku naik bas rapid setiap pagi.. mana tidaknya terpaksa bangun awal berbanding sebelum ni ku pergi kerja dengan drive sendiri.. tp bila berfikir panjang semula.. tgk keadaan lalu lintas di Penang yang semakin teruk ketika balik kerja.. dengan menaiki bas rapid ni dapatlah aku berehat dan tidak beremosi... ini semua gara2 terkena "krem" hari tu... bahaya jugak..Kos tol dan minyak memang dapat dijimatkan..bayangkan minyak seminggu RM50 dan tol (5.60 x 4)=22.40. Kiranya perbelanjaan minyak dan tol ku seminggu dalam 72.40 dapat dijimatkan.. cuma bayar parking kereta jer RM 1 sehari.Bila dah disediakan kemudahan kita gunakanlah sebaik2nya.. yang untung pun diri sendiri...heheeh


-Qaseh Kita-

Friday, June 17, 2011

GANTI PUASA

Memandangkan bulan puasa pun dah dekat, aku cepat2 menggantikan puasa yang belum kuganti lagi.Hari ni masuk hari keempat kuberpuasa.Syukur alhamdulillah anak mama dalam kandungan kuat mengharunginya.Ku harap apabila tiba bulan puasa nanti ku dapat puasa penuh, insyaallah..

Hasrat hati sebenarnya nak ganti puasa dr awal lagi tetapi disebabkan keadaanku yang tidak mengizinkan (asyik muntah2, pening alahan mengandung),ku tunda... dan kini hasrat terlaksana.. Ya Allah , kuatkanlah semangatku menghabiskan ganti puasaku ini lagi 3 hari sahaja.

Buat suamiku: Abg mmg suami yang baik.. kasihan melihatku berpuasa, beliau turut berpuasa bersama..Katanya ingin berkongsi segala2nya bersama denganku..Terima Kasih sayang..


Ya Allah terima kasih kerana mengurniakankanku seorang suami yang baik dan penyayang.
-Qaseh Kita-

KANDUNGANKU MASUK 7 BULAN

Genap hari ni kandunganku masuk 7 bulan, tp banyak perkara yang perlu ku fikirkan... disebabkan sibuk sangat berkerja dan aktiviti harian sehingga ku terlupa tentang persiapan untuk menimang cahaya mata baru ni belum kami sediakan sehingga suamiku berbincang mengenainya semalam..dan hari ni baru ku nak "list down" kan barangan yang perlu kami sediakan nanti..


Cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti ni adalah cahaya mata kedua, walaupun tidak banyak barang yang perlu dibeli memandangkan barangan kakaknya yang lama masih disimpan dalam keadaan baik seperti tilam kekabu, selimut, kain lampin yang belum digunakan lagi namun..senarai barangan juga perlu juga disediakan supaya kita tidak lupa terutama barangan yang kecil2.Nanti waktu shopping tak perlu susah2 berfikir kerana senarainya sudah ada.


Kali ini tak sabar membeli barangan bayi bersama Qaseh. Ku akan membiarkannya membuat pilihan (warna/barangan) untuk adiknya suapaya rasa kasih sayang itu dapat dipupuk dari awal supaya sayangkan adiknya, walaupun jantina bayi bakal dilahirkan ini belum kami ketahui lagi...

supprise!!


Senarai Barangan keperluan Asas bayi


1. Pakaian-

Baju lengan panjang

-Baju lengan pendek

-seluar panjang

-seluar pendek

-set sarung tangan dan kaki

-barut


2. Peralatan mandi-

-Toileteries

-tuala

-besen

-lapik dalam besen

-bedak bayi

-losyen

-minyak baby

-alas getah lapik untuk persalinan lepas mandi


3. Peralatan tidur

-selimut
-kelambu

-alas tilam

-set tilam

-katil


4. Peralatan penyususan bayi

-botol susu

-berus botol

-Breast pump


5. Peralatan Penukaran lampin bayi

-tisu lembap

-kain lampin

-lampin pakai buang

-Nappy liners untuk elakkan ruam lampin/pampers


Perlatan lain

Beg bayi , topi..


Kelengkapan ibu


1. Maternity pad(jenis Pureen's Madame. lembut)
2. Nursing pad(ada 2 jenis, kain/disposable) kalau kain tu boleh basuh tapi tak melekap..kalau disposable melekap..tak mudah jatuh)
3. Barut ibu
4. Jamu/ubat bersalin( tak digalakkan makan jamu awal2 sbb nnt akan affect baby..panas)
5. Stokin ibu nie byk pun takpe..sbb akan pakai masa dlm berpantang..jd tak payah sibuk2 nak kena basuh hari2..

6. Kain batik, t-shirt, baju persalinan,tuala,sabun bedak, berus gigi, sikat

7. Selipar

8. Tungku,

9. Ubatan/vitamin/gamat hielin dan sbg


Perkara-perkara lain yang perlu difikirkan


1.Kos rawatan bersalin(normal/ceaser)

2. Kos apabila buat kenduri aqiqah nanti/cukur jambul..

Bila dah disenaraikan begini, ia lebih memudahkan perancangan dan barulah kita sedari kos dan budget yang perlu kita keluarkan..


YA ALLAH KU MOHON SUPAYA, KO PERMUDAHKANLAH JALANKU UNTUK MELAHIRKAN NANTI, SEMOGA BAYIKU INI BERADA DALAM KEADAAN SIHAT SENTIASA....AMIN


-Qaseh Kita-

Wednesday, May 25, 2011

FOLLOW UP CHECK UP SEMALAM

Semalam mamaQaseh bangun lambat untuk ke check up , alamatnya... terpaksa facing jem ar cam biasa...ni semua gara2 tak boleh tido malam.. pukul 3.30 pagi baru boleh lelap, then pukul 5 dah nak bangun..tengok2 pukul 6pagi baru tersedar...dengan mandinya dan menguruskan Qaseh tambah masa perjalanan, sampailah di klinik pukul 7.50 pagi.. Babah Qaseh yang kerja malam awal2 lagi dah sampai... menunggu untuk menemani kami.Nasiblah orang belum ramai lagi.. kalau tak alamatlah menunggu lama.

Cam biasalah rutin biasa yang akan dilakukan.. check berat badan, check air kencing, darah.. then baru jumpa Dr untuk scan skali lagi..Kali ni barulah tahu, rupa2nya air ketuban dalam kandungan tu berlebihan..Dr pun takder jawapan mengapa ia terjadi.. So, Jumaat ni kata Doktor, mamaQaseh kena menjalani semula ujian diabetis (minum air gula-ni yg paling tak suka ni tp terpaksalah nampaknya) dan mengenai kandungan air ketuban yang berlebihan tu, mamaQaseh akan diberi tarikh temujanji dengan Dr pakar di Maternity Hospital Penang yang masih belum tahu bila lagi.. kena tunggu pihak klinik call.

Buat masa sekarang apa yang boleh mamaQaseh lakukan adalah berserah kepada Allah di samping mencari serba sedikit pengetahuan mengenainya... mamaQaseh redha..

Ikhlas- Qaseh Kita