JOM FOLLOW ME

Sunday, February 26, 2012

PERMINTAAN QASEH SYUHADA


Inilah biliknya sekrang..anakku ni memang minat sangat2 dengan "PINK COLOUR" tak tau kenapa sedangkan ku, pink bukanlah warna kegemaranku..

Kalau boleh semuanya pink.. sampai nak ke tadika, suruh carikan baju dan sekolah pink.. hahah.. jenuh ler..

Semlam My Qaseh Syuhada memujuk ku dan suami supaya cat kan biliknya berwarna pink..

Ku dan suami masih mempertimbangkan kehendaknya itu.. Maklumlah ini melibatkan kos.. Ekonomi mama dan abah tengah down ni.. heheh..

Ku hanya mampu memujuk anakku

"Insyaallah sayang.. kalu ada rezeki lebih mama cat kan yer nak... Kakak doakan rezeki keluarga kita murah yer..., Qaseh pun menjawab.. yer mama"

Ku dengan suami mmg ada plan nak tunaikan hasratnya itu.. sayang anak2ku, cuma masih menunggu msa yang sesuai.. bila ekonomi keluarga dah ok sikit.. hehhe

-Qaseh Kita-

Friday, February 24, 2012

MY SOFEA SEMAKIN BESAR, BIJAK DAN MANJA

Anak2 adalah buah hati ibu bapanya , begitulah juga dengan My Syuhada dan My Sofea. Renungan ke arah Sofea.. terkenang2 saat melahirkan dia... sekejap anak mama dah besar... Dah naik walker sekarang. Umur Sofea pun dah menangkau 5 bulan...tak lama lagi masuk 6 bulan.
Tengok tu kasutnya pun dah semakin ketat.. Nampaknya bulan depan memang x boleh pakai dah kasut ni..takper mama akan simpan utk adik Sofea pulak nanti ..insyaallah kalau ada rezeki 3 tau 4 tahun lagi.. hahaha.Kasut ni mmg turun temurun dr kakaknya...Syuhada.
Panggil jer nama "Sofea" dia akan terus menenung kita wp masa tu dia sedang menonton tv..
Inilah cerita terbarunya malam tadi..Nak dijadikan cerita Syuhada teringin nak makan Mc D, so sebab kesian bawak jugaklah dia ke Drive thru beli Cheese Burger kesukaannya tu.So sewaktu order makanan, ku dah perasan dah kenapa Sofea menenung muka ku dengan penuh kusyuk..mungkin dia melihay k bercakap agaknya..
Tak pelah setelah makanan sampai, ku pun minta air milo sikit kat Syuhada.. macam biasa.. mula2 akan suap air kepada abahnya dulu, kemudian padaku, then baru syuhada..ku perasan Sofea masih memerhati apa yang kami lakukan,,then lepas tu aku lagi yg minum air, bila ku lepaskan straw.. dengan cepatnya dia pun nak sedut straw tu..
Sofea semakin bijak..Dia sudah mula meniru org disekeliling nya wlpun usianya baru 5 bulan.. Mulanya ku ingatkan itu secara kebetulan...Then sesampainya dirumah , ku terus bancuhkan biskut nestumnya..sebab ku rasa mungkin anakku ni lapar, wp dia baru jer sudah menyusu dengan lamanya..Dia atas walkernya, ku suap makan.. Sofea pun makanlah.. Teringat pulak Syuhada..Ku pun bukakan Cheese burgernya sambil menyuap Syuhada yg leka main dengan anak patung barunya..Then ku suap pula Sofea biskut nestumnya.. tiba2 dia menangis dan pandang terus ke arah cheese burger..Alamak...
Bilaku pegang Chese burger tu dan unjurkan ke arahnya..dia diam dan excited dengan nganga seolah2 nak makan cheese burger itu...mungkin ker dia tertarik dengan wrap buger yg bewarna kuning?. then bila nak suapkan nestum semula dia nangis..then aku pun cubitkan sedikit roti burger tu dan campurkan dengan sedikit air suap ke mulutnya punya seronok Sofea.. Bila nampak kakaknya meyuapkan laagi burger ke dalam mulut dia pandang padaku dan burger itu silih berganti sambil buat gaya mengunyah2 sesuatu di dalam mulut.dan bila ku buat x tahu dan cuba menyuapkan nestumnya kembali dia akan menangis dan merengek manja ..menghentakkan kakinya di dalam walker sambil menghinjut2kan badan, matanya pula fokus pada cheese burger tanpa wrap di tangan kakaknya.. So apa maknanya?.... OMG....Sofea, Sofea.
-Qaseh Kita-

Thursday, February 23, 2012

QASEH SYUHADA DAN WALKERNYA

Agaknya mengenang masa lalunya naik walker..Qaseh Syuhada mama pun naik walker yang sepatutnya dnaikki oleh adiknya, Sofea kini..
Macam2 ragamnya..lebih dari adiknya...bertambah2 manja dan bertambah2 buat perangai.. tp ku paham dia dalam tempoh menyesuaikan dirinya yang kini bergelar kakak.. makumlah sebelum ni dia seorang.. layanan hanya tertumpu padanya sebelum ni..ku sepatutnya memberikan dia masa untuk menyesuaikan diri..hahah..
kreativiti dia,tgk tu .. ku marahi dia sebab naik walker yg sepatutnya Sofea naiki..tgk ..apa katanya
Mama: kakak, keluarlah dr walker tu, nanti rosak.. kakak dah besar nak..
Qaseh Syuhada: Ala kakak nak naik jugak.. Kakak kongsi dgn adik..
Mama: Apa pulak tu yg kak cuba buat ngan payung tu.. naik walker lagi..
Qaseh Syuhada: Kakak nak jual ais krimlah mama...yg macam kat luar tu "Padle Pop"
Mama:Mula blur dan tergelak..dalam hati kata: bijak jugak budak ni.. tinggi imaginasinya..
-Qaseh Kita-

MY SYUHADA N ABG IJI

2 budak tengok kartun...
Baik hati dan terima kasih kat abg Fizi sebab datang jenguk Qaseh demam.. Qaseh seronok ada kawan yang caring kat dia..Abg Fizi ni anak mamaAna Qaseh.. Qaseh slalu kata Abg Fizi tu abg dia ngan kak Zirah(yg juga anak mamaAna)
-Qaseh Kita-

Monday, February 20, 2012

FOREMILK N HINDMILK

Tips drpd mommyiskandar yang amat berguna.


Susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu:... Susu awal (foremilk) - Susu agak cair, kandungan air tinggi, kandungan lemak rendah - menghilangkan dahagaSusu akhir (hindmilk). Susu lebih pekat, kandungan air rendah, kandngan lemak tinggi - mengenyangkanApabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.Manakala di akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.Justeru, ibu-ibu perlu tahu informasi ini dan menyusukan anak sekurang-kurangnya 15-20minit sebelum berpindah ke payudara satu lagi. Ini kerana, jika ibu menyusu sekejap sahaja di payudara kanan, dan terus berpindah ke payudara kiri, bayi hanya mendapat susu yang agak cair, sekadar menghilangkan dahaganya, tetapi tidak mengenyangkan. Sebab itu jugalah, adakalanya ibu merungut, "anak saya menyusu badan, tapi beratnya tak naik dan badan kecil jer.." Selain ibu yang kurang menjaga nutrisi dalam pengambilan makanan berzat, cara memberi susu kepada anak juga sangat mempengaruhi tumbesaran anak. Pastikan bayi menyusu sehingga payudara betul-betul dikosongkan, bagi mendapat khasiat sepenuhnya.Mudah-mudahan artikel ini memberi manfaat kepada anda semua..
-Qaseh Kita-

Saturday, February 18, 2012

DZMS AND QASEH SYUHADA


INILAH GAMBAR YG DIAMBIL DI DZMS TEMPOHARI

-Qaseh Kita-

RAGAM MENYUSU ANAK-ANAK

Anakku sofea (5 bulan) makin menjadi2 ..banyak betul akalnya.. dia kini makin menjadi2 hanya nak menyusu badan dengan cara "laying BF" gini.. sabar jerlah kalau dengan cara duduk mmg dia akan mengamuk sambil menendang2 kakinya.. Yang paling susahnya kalau kita berjalan dan menghadiri kenduri kendara sahabat dan keluarga.. Ahh.. jenuh. kalau kat rumah family gagah ler lagi nak mintak tumpang bilik sekejap.. kalau rumah orang lain OMG..camner nak buat?Kat dalam kereta pun susak..Jenuh pujuknya.. at last mama baring jugak kat seat blakang kreta...Kalau mama dia takder pergi kerja, pandai pulak dia hisap botol susu yang diperah... Makin manja Sofeaku ini..
Ini cerita si kakaknya pulak , bulan 9 tahun ni masuk 4 tahun, makin menjadi2 jugak BF, Tp of couselah ku lebih prioritykan yang bongsu.. tp itulah kejap2 mengengek nak BF.. susu botol taknak.. ku hanya berjaya menyumbatnya susu botol ketika dia lali dalam tido...
Anak2.. berbagai ragamnya..
Apa pun xpelah ... janji anakku sihat.. dan mama sayang anak2 mama...

-Qaseh Kita-..

MAMA DEMAM


Oh, hari ni ku pula demam.. Ya Allah rasa tak larat sangat... tapi ku kuatkan semangat kerana anak dan suami yang juga letih baru balik kerja malam...Mujurlah suami memahami.. apabila ku tidak menyediakan sarapan pagini.. Beliau turun ke dapur lagi masakkan nasik goreng cara arwah toknya(rindu arwah tok katanya).Mujurlah hari ni tiada kerja rumah yang nak dibuat.. Semua settle.. Itulah bagusnya kalau dalam diri sendiri semua dititik beratkan disiplin dari awal..So tiada kerja tambahan apabila masing2 tahu tanggungjawab masing2..Fuhh.. Lega, Alhamdulillah
Rumah bersih.. hati pun tenang
-Qaseh Kita-

Tuesday, February 14, 2012

HEADBAND BARU

Dah lama sebenarnya niatku nak beli headband kat anak2ku.. headband kat pasaran agak ketat dan x berapa best.. then baru2 ni ku terjumpa member FB yang boleh buat headband ku tempah.. tenyata headbandnya bukan sahaja menarik, materiallnya pun bagus yang paling best.. anak2 ku selesa memakainya.
-Qaseh Kita-

Sunday, February 12, 2012

MY SYUHADA DEMAM...

My beauty Qaseh Syuhada demam hari ni.. Kesian dia asyik merengek x sedap badann.. Semoga cepat sembuh ya sayang.
APABILA anak demam, ibu bapa disaran segera membawa anak berjumpa doktor terutama jika mereka tidak mempunyai pengetahuan untuk merawatnya.Demam adalah keadaan di mana suhu berada di atas tahap normal iaitu 38 darjah Celsius. Namun demam yang sesungguhnya ialah apabila suhu melebihi 38.5 darjah Celsius.Tip penting semasa merawat anak demam:- Mencari penyebab demam dan perhatikan perilaku anak. Jika perilaku anak hampir sama seperti biasa, maka anda tidak perlu risau kerana demam biasa adalah tidak berbahaya. - Cegah dehidrasi kekeringan cecair dalam badan. Bayi dan kanak-kanak berisiko mengalami dehidrasi. Berikan anak lebih banyak cecair seperti air, kuah sup, jus buah segar yang dicampur air dan sebagainya.- Jika anak muntah atau cirit-birit, berikan minuman garam oral bagi menggantikan cecair yang telah keluar daripada badan.- Pastikan bilik anak tidak panas. Pasang kipas atau pendingin hawa dan pakaikan anak baju nipis.- Beri anak makan apa yang diingininya. Jangan dipaksa. Elakkan makanan berlemak kerana makanan ini sukar dihadamkan oleh tubuh.- Walaupun sebaiknya anak tidak ke sekolah kerana bimbang berjangkit dengan kanak-kanak lain, namun ini bukan bermakna anak harus berada di tempat tidur seharian.- Ibu bapa harus berjumpa doktor apabila bayi mereka yang berusia tiga bulan mempunyai suhu melebihi 38 darjah Celsius, tiga hingga enam bulan dengan suhu lebih 38.3 darjah Celsius, lebih enam bulan dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius.- Berbincang dengan doktor jika terdapat tanda-tanda tidak mahu minum atau terdapat tanda dehidrasi, gelisah, muntah atau cirit-birit.- Anak nampak tidak selesa, gelisah atau asyik menangis.- Asyik tidur dan sukar dikejutkan.lSering kejang, kaku atau sakit kepala yang teruk.
-Qaseh Kita-

Thursday, February 9, 2012

SAYANG ANAK2 MAMA

Adik beradik yang manja
Bila si beauty qaseh dapat magic pen.. OMG... semua di contengnya.. kat tapak kaki dia , dia kata lampu
kat tangan dia buat inai katanya
kat pipi pun ada.. 3 hari mandi dan cuci pun x hilang
My Sofea
manjanya
kakak yang teramat sayangkan adiknya..
Mama x boleh ambik adik.. ni kakak punya...
-Qaseh Kita-

Wednesday, February 8, 2012

MENGELAKKAN BABY GEMUK DAN OBESITI

My Sofea -5 bulan..
Sayang anak mama.. penguat semangat mama untuk teruskan penyusuan secara eksklusif.Bayi yang diberi minum susu ibu tidak mengalami masalah kegemukan dan obesiti berbanding bayi yang meminum susu lembu.
Mengapa?
Ini kerana susu ibu mempunyai fasa pencernaan yang baik. Enzim dan bahan-bahan lain di dalam susu ibu membantu memudahkan proses pencernaan dan penyerapan zat-zat makanan.
-Qaseh Kita-

Tuesday, February 7, 2012

PENYUSUAN DAN ENVIRONMENT

Ramai yang bertanya kepadaku tak letih ker breast feeding anak? then kalau time kerja angkut beg sana sana sini dahlah pergi kerja dengan naik bas rapidnya.. "renyahlah"-bahasa utara.

Ku tak rasa renyahpun sebab aku ikhlas dan bersungguh2 melakukannya sebabku sayangkan anak2ku sepenuh hati.

Bagiku.. setiap anak ada hak mendapat susu daripada ibunya. Inilah salah satu cara dan kasih sayangku.. ku sanggup berkorban mengangkat perkakas2 penyusuan.. berjalan jauh dari departmentku ker mothers room yg jaraknya mmg agak jauh.. berulang 3-4 kali sehari, buat time plan untuk menyusukan anak/ Alhamdulillah kedua2 anakku masih menyusu badan, puas rasanya dapat menyusukan anak..

Sebenarnya mmg rezeki anak2ku , Qaseh Syuhada dan Qaseh Sofea mendapat susuku yang sememangnya niat ni ku tanam sejak sebelum mengandung lagi.Alhamdulillah

Orang slalu tanya.. "kenapa hg masih meneruskan penyusuan walaupun selepas pantang?Sebabnya:

1.susu ibu adalah susu yang paling mahal dalam dunia.. Tak dapat dibeli di mana2 kedai..Lagipun inilah kehebatan susu yg Allah bg buat rezeki kepada zuriat hamba2nya.

2.Sebab menjimatkan kos (sememangnya ekonomi kami ni meleset memanjang)

3.Mengeratkan hubungan anak ngan ibu.. masa ini ku ambil dengan menenung dan bersembang dengan anakku setelah seharian spend time di tempat kerja..time nilah dapat berpeluk dan bermanja..melihat telatahnya dengan sepenuh perhatian.

4.Aku percaya hati ku dan anak2 akan lebih dekat dr segi zahir dan batin.

5.Kalu pergi jalan2 takyah mengheret bakul denga air panas, susu, macam2 lagilah... I cuma selak jer bila perlu.. haha tp berpada2lah.. heheh

6.boleh turunkan berat badan sikit kot.. yer ker? heheh then baik untuk kesihatan ibu dan juga.

Pump ni adalah hadiah dari suamiku.. Harganya RM 269, ku hanya pakai pump medela harmony jer.. setakat tu jer kemampuan kami.Wp x sehebat ibu2 lain yang menggunakan pump yg lebih mahal dan berquality yang harganya mencapai ribuan ringgit, tapi pump ni sungguh bernilai dan bermanfaat pada keluarga kami.

Alhamdulillah di tempat kerja ku mmg rakan bayi sikit.. mmg "mother's room" disediakan.

Inilah hasil tuaian ku pagi ini.. Walaupun x banyak tapi syukur alhamdulillah ada lagi rezeki anak2ku,

Disebabkan langsir di bilik mothers room dicuci.. ku menumpang kejap di "sick bay"


Hasil tuaian untuk Qaseh Sofea.. Qaseh Syuhada direct breastfeeding malam jer.. so stock ni ku buat untuk penyusuan anakku di rumah baby sitter.


Untung company mmg baik dan prihatin
Air panas, tisue, sabun filter air, tempat letak barangan.. segalanya disediakan.

Langsirnya sudah dibuka untuk dicuci.. so bilik ini boleh digunakan 4 org ibu dalam satu2 masa dan kalau x share cubicle lah.


Tempat penyimpanan stock susu yang luas dan selesa.
Haha.. ini antara peralatan penyusuan ku


beg penyusuan yg ku heret hari2 di tempat kerja...
-Qaseh Kita-

Monday, February 6, 2012

KERJA .. KERJA.. KERJA

Cuti Maulidurrasul dan Thaipusam ni nampaknya ku tak cuti ler jawabnya.. banyak kerja lagi yg perlu di settlekan.. hmmm..rindu kat anak2 dan suami yang cuti dan berada di rumah..
Cam nilah kitorg ni susah nak spend masa cuti bersama2.. kalau dapat pun 1 hari kami akan spend dengan balik kampung.. mana taknya itu jerlah peluang pun nak balik kampung pun..syukur alhamdulillah..nasib kampung2 kami dekat.kerana masa begitu terhad... Jarang dapat spend cuti bersama suami dan anak2 di umah sendiri.. Bila sorg kerja, sorg cuti.. Gitulah sebaliknya...takperlahkan.. asalkan bahagia yer tak?

Kami begitu bertuah , kadang kedua ibu bapa kami singgah dan datang ke rumah. Syukurlah dapat keluarga yang penyayang dan caring.Thank ibu ayah, mak .. abah... adik beradik ku semua..

Hahaha.. dan lagi berposing sambil snap gambar board dan unit yang failed...hahahah
Emh.. macam hari ni teringat rasa nak balik Taiping sebab abgku dari Shah Alam turun ke rumah ibu.. tapi apakan daya tak dapat jugak coz busy.. Tapi abg dan kakak iparku mmg memahami.. dia datang jugak tido d umah..terubat rasa rindu..
Kerja yg x sudah
kerja.. kerja.. kerja
Ni lah meja aku.. hihii... dan lg update blog sementara unit under testing.. kih kih
-Qaseh Kita-

Sunday, February 5, 2012

SCOOTER DAN QASEH SYUHADA


Anakku ni sejak daripada 2 hari lepas asyik mengengek nak skuter.. mana dia dapat idea tu ku pun tak sure..dari tidur, bangun tido, sampaikan waktu makan.. takderlah cerita lain cuma.. "mama, kesian kakak.. kakak nak skuter, belilah ma" emh.. alhamdulillah hari ni kuterbuka hati nak belikannya..Sebenarnya ku bukanlah jenis senang membelikan sesuatu kecuali ku rasa ku patut membelikannya.
Bukan main seronok dapat skuter.. macam2 imaginasinya.. pergi sekolah, kedai, umah mama ana nak naik skuterlah.. Yang lawaknya sampai nak balik umah Tok Ayah kat Taiping pun nak naik skuter.. hahah budak2.. macam2.
Qaseh Syuhada mmg ku nampak kasih sayangnya betul2 dekat dengan Qaseh Sofea..Maklumlah adik beradik..kalau dengan org lain anakku ni agak dingin jugak.. sukar didekati...Tapi bila dah rapat.. dia nak org tu jerlah pulak.. taknak org lain.
Show time..hahahha
Peace mama..Sayang Qaseh nak..
Qaseh mmg anak yg bijak, kreatif dan tegas dalam sesuatu perkara.. kalau dia tidak mahukan sesuatu hanya "mama" yg boleh memujuk..Org lain takkan boleh.. Hmmm. that's the power of mom right?..
Syukur alhamdulillah...
-Qaseh Kita

Saturday, February 4, 2012

NUKILAN DI TENGAH MALAM

Sebenarnya takder apa2 pun yang nak dikongsi sangat.ku sekadar hilangkan kebosanan kerana sampai sekarang 2.20 am, aku masih belum boleh lelapkan mata.
Actually takder apa sebabnya cuma dah terbiasa dengan rutin kerap berjaga malam sejak dari mengandug anak ke2 lagi.
Bila tgk anak2 tido sebak pulak rasa hati bercampur jugak dengan bahagia... Aku rasa bertuah dan bersyukur sangat apabila dikurniakan dengan 2 puteri yang sangat comel dan manja.
"Ku benar2 bersyukur ya Allah dengan pemberianMu"
..Terkenang2 kata sorg kawan ku.. ku kira bertuah kerana perkahwinan ku dikurniakan anak sedangkan dia hampir 5 tahun berkahwin, belum ada rezeki.. Walaupun ku tiada kemewahan tapi wang boleh di cari, tapi bila timbul soal anak..Hanya Allah sahaja yang dapat membantu.Semoga dia jugak akan murah rezeki.
Mlam2 begini terkenang jugak suami yang kerja malam..kesian abang berhempas pulas mencari rezeki untuk sara dan jaga kami.Hanya Allah sahaja yang dapat membalas ketulusan hati abang. Aku rasa sangat bertuah juga, suamiku adalah seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab pada keluarganya.Semoga keluarga kita sentiasa bahagia dan sentiasa dilindungi Allah.Amin..
Qaseh Kita-