JOM FOLLOW ME

Monday, June 20, 2011

HARI INI SANGAT MENGANTUK....



Makin hari badan rasa terlalu letih sangat.. ini bukan apa.. ini disebabkan selalu tak boleh tido malam sejak akhir2 ini.Kandunganku makin besar, makin sukar nak lelapkan mata pada waktu malam, ditambah lagi rasa bahang dalam badan dan cuaca sekarang yang agak panas.
Tapi kesan ni memberi impak waktu berkerja di siang hari..
Contohnya hari ni...
Malam tadi susah betul lelapkan mata...masa pukul 1 pagi aku masih terkebil2 sensorg sambil membelai anakku.. sedar2, jam pukul 4.30 pagi dah alarm berbunyi..bangunlah sahur (ganti puasa) dan bersiap terus untuk ke Bandar Sunway menaiki bas rapid untuk ke tempat kerja, sebelum tu ku dropkan Qaseh kat rumah baby sitter pukul 5.30 pagi.Sampai di tempat kerja 5.25 pagi.. ku terus ke surau untuk solat subuh.. seawal 7 pagi ku mmg dah ada di meja ku...


Ku hanya naik bas rapid ni kalau shiftku dan husband berlainan (kalau husband kerja malam).Bila ku fikirkan balik, memanglah agak renyah untuk aku naik bas rapid setiap pagi.. mana tidaknya terpaksa bangun awal berbanding sebelum ni ku pergi kerja dengan drive sendiri.. tp bila berfikir panjang semula.. tgk keadaan lalu lintas di Penang yang semakin teruk ketika balik kerja.. dengan menaiki bas rapid ni dapatlah aku berehat dan tidak beremosi... ini semua gara2 terkena "krem" hari tu... bahaya jugak..Kos tol dan minyak memang dapat dijimatkan..bayangkan minyak seminggu RM50 dan tol (5.60 x 4)=22.40. Kiranya perbelanjaan minyak dan tol ku seminggu dalam 72.40 dapat dijimatkan.. cuma bayar parking kereta jer RM 1 sehari.Bila dah disediakan kemudahan kita gunakanlah sebaik2nya.. yang untung pun diri sendiri...heheeh


-Qaseh Kita-

Friday, June 17, 2011

GANTI PUASA

Memandangkan bulan puasa pun dah dekat, aku cepat2 menggantikan puasa yang belum kuganti lagi.Hari ni masuk hari keempat kuberpuasa.Syukur alhamdulillah anak mama dalam kandungan kuat mengharunginya.Ku harap apabila tiba bulan puasa nanti ku dapat puasa penuh, insyaallah..

Hasrat hati sebenarnya nak ganti puasa dr awal lagi tetapi disebabkan keadaanku yang tidak mengizinkan (asyik muntah2, pening alahan mengandung),ku tunda... dan kini hasrat terlaksana.. Ya Allah , kuatkanlah semangatku menghabiskan ganti puasaku ini lagi 3 hari sahaja.

Buat suamiku: Abg mmg suami yang baik.. kasihan melihatku berpuasa, beliau turut berpuasa bersama..Katanya ingin berkongsi segala2nya bersama denganku..Terima Kasih sayang..


Ya Allah terima kasih kerana mengurniakankanku seorang suami yang baik dan penyayang.
-Qaseh Kita-

KANDUNGANKU MASUK 7 BULAN

Genap hari ni kandunganku masuk 7 bulan, tp banyak perkara yang perlu ku fikirkan... disebabkan sibuk sangat berkerja dan aktiviti harian sehingga ku terlupa tentang persiapan untuk menimang cahaya mata baru ni belum kami sediakan sehingga suamiku berbincang mengenainya semalam..dan hari ni baru ku nak "list down" kan barangan yang perlu kami sediakan nanti..


Cahaya mata yang bakal dilahirkan nanti ni adalah cahaya mata kedua, walaupun tidak banyak barang yang perlu dibeli memandangkan barangan kakaknya yang lama masih disimpan dalam keadaan baik seperti tilam kekabu, selimut, kain lampin yang belum digunakan lagi namun..senarai barangan juga perlu juga disediakan supaya kita tidak lupa terutama barangan yang kecil2.Nanti waktu shopping tak perlu susah2 berfikir kerana senarainya sudah ada.


Kali ini tak sabar membeli barangan bayi bersama Qaseh. Ku akan membiarkannya membuat pilihan (warna/barangan) untuk adiknya suapaya rasa kasih sayang itu dapat dipupuk dari awal supaya sayangkan adiknya, walaupun jantina bayi bakal dilahirkan ini belum kami ketahui lagi...

supprise!!


Senarai Barangan keperluan Asas bayi


1. Pakaian-

Baju lengan panjang

-Baju lengan pendek

-seluar panjang

-seluar pendek

-set sarung tangan dan kaki

-barut


2. Peralatan mandi-

-Toileteries

-tuala

-besen

-lapik dalam besen

-bedak bayi

-losyen

-minyak baby

-alas getah lapik untuk persalinan lepas mandi


3. Peralatan tidur

-selimut
-kelambu

-alas tilam

-set tilam

-katil


4. Peralatan penyususan bayi

-botol susu

-berus botol

-Breast pump


5. Peralatan Penukaran lampin bayi

-tisu lembap

-kain lampin

-lampin pakai buang

-Nappy liners untuk elakkan ruam lampin/pampers


Perlatan lain

Beg bayi , topi..


Kelengkapan ibu


1. Maternity pad(jenis Pureen's Madame. lembut)
2. Nursing pad(ada 2 jenis, kain/disposable) kalau kain tu boleh basuh tapi tak melekap..kalau disposable melekap..tak mudah jatuh)
3. Barut ibu
4. Jamu/ubat bersalin( tak digalakkan makan jamu awal2 sbb nnt akan affect baby..panas)
5. Stokin ibu nie byk pun takpe..sbb akan pakai masa dlm berpantang..jd tak payah sibuk2 nak kena basuh hari2..

6. Kain batik, t-shirt, baju persalinan,tuala,sabun bedak, berus gigi, sikat

7. Selipar

8. Tungku,

9. Ubatan/vitamin/gamat hielin dan sbg


Perkara-perkara lain yang perlu difikirkan


1.Kos rawatan bersalin(normal/ceaser)

2. Kos apabila buat kenduri aqiqah nanti/cukur jambul..

Bila dah disenaraikan begini, ia lebih memudahkan perancangan dan barulah kita sedari kos dan budget yang perlu kita keluarkan..


YA ALLAH KU MOHON SUPAYA, KO PERMUDAHKANLAH JALANKU UNTUK MELAHIRKAN NANTI, SEMOGA BAYIKU INI BERADA DALAM KEADAAN SIHAT SENTIASA....AMIN


-Qaseh Kita-

Thursday, June 16, 2011

Contest SHAWL | Shawl Cantik Untuk di Menangi!!


Nak join click sini -


Cara Masuk
Buat entri ringkas kat blog pasal Contest ni -DAH
Bagitau ID follower dalam entri - WAN (UNDER NETWORK BLOG-YG FOLLOWER ATAS TU SAYA TRY BUKAK BYK KALI TAPI HANG)
Link balik ke blog I -DAH
Bagitau Sebab Nak Shawl – SEBAB DAH LAMA SANGAT TAK ADA SHAWL BARU

Tinggalkan PERMALINK entri kat bahagian komen -DAH

Tarikh tamat 13hb July 2011!!!

-Qaseh Kita-

Wednesday, June 15, 2011

RINDU QASEH..MAMA KERJA..ANTAR 6 PAGI, 9 MLM BARU JUMPA

http://bighugelabs.com/

Ikhlas- Qaseh Kita

MENGATASI ANAK YG NAKAL DAN DEGIL

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.


Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan.

Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah,

Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5),

Selawat Syifa’,

Selawat Tafrijiyah,

Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain.

Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.


Kaedah Kedua:Satu lagi ikhtiar yang sangat mujarab bagi mengatasi anak-anak yang suka melawan ibu-bapa ialah dengan mandikan anak-anak ini dengan air tadahan lebihan wuduk ibu-bapa.

Caranya seperti berikut;
1. Ibu dan bapa terlebih dahulu membersihkan semua anggota wuduk dengan sabun. Anggota-anggota wuduk ini termasuk yang rukun dan sunat iaitu mulut, hidung, muka, kedua tangan, kepala, kedua-dua telinga dan kaki hingga buku lali.

2. Setelah dibersihkan anggota-anggota wuduk tersebut, gunakan air biasa untuk mengambil wuduk.

3. Cara yang mudah, duduk di atas kerusi dan letakkan baldi di bahagian antara kedua belah kaki. Biar isteri tolong menuangkan air untuk mengambil wuduk.

4. Membasuh semua anggota wuduk tiga kali. Mulakan dengan membaca bismillah. Basuh kedua belah tapak tangan diikuti dengan berkumur-kumur, membersihkan hidung. Pastikan air yang telah digunakan untuk membasuh tapak tangan dan berkumur-kumur masuk ke dalam baldi.

5. Berniat mengambil wuduk diikuti membasuh muka, seterusnya membasuh kedua tangan hingga ke siku, menyapu sedikit air di bahagian kepala, membasuh telinga dan akhir sekali membasuh kedua belah kaki hingga ke buku lali.

6. Setelah suami selesai, isteri pula mengambil wuduk dengan cara yang sama manakala suami pula yang membantu menuangkan air.

7. Setelah selesai, air lebihan wuduk yang terkumpul di dalam baldi tersebut dicampurkan dengan air biasa.

8. Mandikan anak-anak yang bermasalah dengan air tersebut. Insya’Allah dia akan menjadi anak yang patuh kepada kedua ibu-bapanya.


Pencegahan Awal

Daripada pengamatan penulis serta kajian yang telah dibuat, lebih 90% ibu-bapa yang datang mengadu anak mereka bermasalah, apabila diperdengarkan doa berikut, mereka kata tidak pernah pun mendengar doa ini. Doa tersebut adalah seperti berikut;

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.

Doa yang tersebut di atas adalah dipetik daripada hadis nabi seperti berikut; Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Jika seseorang di antara kamu akan berjimak dengan isterinya kemudian membaca doa ini;

Maka jika Allah SWT mentakdirkan untuk dua orang suami isteri itu memperolehi anak, maka anak itu tidak dapat dimudaratkan atau diganggu oleh syaitan.” Hadis ini diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.Doa ini diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada umatnya sebagai pencegahan awal bagi mengelakkan zuriat keturunan kita daripada diganggu dengan mudah oleh syaitan.Sudah menjadi keazaman syaitan untuk menyesatkan umat Islam kepada kekufuran. Syaitan sentiasa bersungguh-sungguh mencari peluang yang ada untuk menggoda dan menghasut keturunan umat Islam supaya melakukan maksiat.

Maksud daripada hadis di atas jelas menunjukkan bahawa ketika pasangan suami-isteri sedang berjimak, syaitan ada bersama-sama untuk masuk ke dalam percantuman benih suami isteri yang akan terjadinya anak kelak.Sekiranya doa yang tersebut di atas tidak dibaca ketika sedang berjimak, dengan mudah syaitan menjalankan pekerjaannya tanpa ada sebarang halangan.


Syaitan akan duduk di benih yang akan terjadinya anak itu sejak dari awal lagi sehinggalah anak tersebut membesar.Sebab itu anak-anak yang membesar ini sukar di bentuk ke arah membuat perkara-perkara ibadah dan kebaikan. Mereka lebih cenderung melakukan perkara-perkara maksiat.Bagaimanapun jika doa yang tersebut tidak dibaca ketika berjimak mungkin kerana jahil atau lupa, masih ada lagi ikhtiar iaitu dengan memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak agar syaitan yang mengganggu menyerah kalah.Doa-doa yang disarankan oleh Islam ketika mengadakan hubungan intim suami-isteri1. Doa Bersetubuh Baca doa ini ketika suami mula hendak memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.

Terjemahannya: Ya Allah, jauhkan syaitan daripada kami dan jauhkan syaitan daripada anak yang akan Engkau anugerahkan kepada kami.2. Doa ketika hampir keluar maniBaca ayat ini ketika suami terasa air maninya akan terpancut keluar. Oleh sebab ianya ayat al-Quran maka hendaklah membacanya di dalam hati.

Terjemahannya: Dan Dialah (Allah) yang menciptakan manusia dari air mani, lalu dijadikannya (mempunyai) baka keturunan dan pertalian keluarga dan sememangnya Tuhan mu Maha Berkuasa (Surah al-Furqaan ayat 54)


Ikhlas- Qaseh Kita

Tuesday, June 14, 2011

AKAR SITI FATIMAH DAN BUAH ZURIAT

Akar Siti Fatimah


Akar siti fatimah atau lebih dikenali oleh selusuh siti fatimah biasanya digunakan semasa menjelang waktu ingin melahirkan (ketika sudah merasa sakit bersalin) oleh sebilangan masyarakat arab dan juga orang melayu kita juga, Akar Fatimah yang orang dok selalu sebut bagus untuk dibuat selusuh untuk ibu-ibu yang tengah menunggu hari.

Tapi kita manusia hanya mampu berusaha.. segala2nya dari Allah..


Sebenarnya ku baru sahaja dapat bunga ni daripada sahabat baikku Syafiza Ishak yang mengirim bunga ni daripada neneknya yang baru sahaja balik daripada menunaikan umrah.

Alhamdulillah,dapat jugak bunga ni.. Ku ingin bayar harganya, tapi beliau pun hanya sedekah padaku dengan ikhlas.. Semoga Allah murahkan rezeki beliau dan memanjangkan umur beliau..

gambar ni ku ambil dari blog lain.. tapi sama rupanya dengan yang ku dapat.

Cara menggunakannya:

akar Fatimah ni hendaklah direndam dalam air sehingga kembang dan diminum air rendamannya tu sewaktu dah mula rasa sakit nak bersalin. Mujarab untuk mempercepatkan bukaan pintu serviks dan seterusnya memudahkan kita untuk bersalin tanpa perlu menahan rasa sakit terlalu lama. Walaumacamanapun, kita tak bolehlah terlalu taksub sangat dengan khasiat akar ni takut jatuh khurafat/syirik pulak kan. Anggap je ianya sebagai satu ikhtiar untuk memudahkan bersalin. Rasa sakit dan lama masa sakit nak bersalin tu semuanya Allah jua yang tentukan.
Akar ni boleh digunakan balik untuk bersalin anak-anak yang seterusnya sebab no expiry date. Lepas dah guna, boleh jemur akar ni supaya kering balik dan simpan dalam bekas yang kering dan bertutup. Tahan bertahun-tahun.

Aku berdoa semoga ada rezeki ku untuk bersalin normal untuk anak kedua ni..Tapi ku berserah juga kepada Allah kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang terbaik buat hambanya...samada bersalin secara normal ataupun ceaser seperti sebelum ni.

Buah Zuriat

Sepertiku, murah jugak rezeki adik iparku di Bintulu... kerana buah zuriat yang ku kirim dibeli juga oleh nenek Syafiza.Baik sungguh hati beliau..Beginilah rupa buahnya.Dikatakan buah ini amat berkhasiat untuk tujuan mendapat zuriat. Nak dapatkan buah ni susah sikit. Biasanya hanya dapat dibeli di Mekah atau Madinah

Buah zuriat dikatakan juga sebagai salah satu cara rawatan kesuburan.Isi buah zuriat.Juga dikenali buah Hawa, buah Adam dan beberapa nama lagi.
dikatakan adalah buah dari pokok koka, yang kayunya digunakan untuk membina bahtera Nabi Nuh a.s. Sabutnya keras betul, kena guna kudrat orang lelaki nak pecahkan untuk dapatkan isinya. untuk mengupas atau menyediakan buah ni memang agak mencabar kerana buah ni mempunyai sabut, mempunyai tempurung di dalamnya. Apabila tempurung dipecahkan.. jumpa la isinya.. dan isi itu sendiri mempunyai satu lapisan keras seperti tempurung dalam tempurung kedua ini isinya putih seperti isirung kelapa tetapi tidak ada air. Baunya sedap, macam roti bakar yang masih panas. Isi putihnya tu keras jugak.
caranya, minum air rebusan isi putih tu..tapi ada juga yang merebus tanpa mengepoknya, mungkin itu punca rasanya agak kelat sedangkan ramai yg kata sedap.kene kupas buah ni, masukkan dalam air then rebus lama2( 30 MIN HINGGA SEJAM)...tiap2 hari rebus buah yang sama dan tambah air sampai hilang khasiatnya....masa minum baca bismillah diikuti ayaT 38 dari surah al-imran sebanyak 3 kali..insyaAllah...

Boleh jugak lihat blog ni buat rujukan bagaimana buah zuriat itu dikopek http://irtiyah.blogspot.com/2010/01/rawatan-kesuburan-cara-islam-2-buah.html

Ikhlas- Qaseh Kita

MENGIDAM KUIH CARA BERLAUK...



Kuih cara berlauk... sedapnya.. ku mengidam betul kuih ni tapi jarang nak jumpa kuih ni, kalau time bulan ramadhan pun kadang2 jer ada.. nak buat atau masak sendiri... acuannya pulak takder.


IngredientsA - 1) 500 gram plain flour
2) ½ tsp turmeric powder
3) 1 egg
4) salt
5) 2 cups plain water
B - FILLING: You can keep this filling for other recipes such as roti john, instant mertabak (sandwich bread) etc.
1) 500g minced meat
2) 1 garlic (pounded)
3) 1/2 cm ginger (pounded)
4) 1 tbsp curry powder
5) 1 tbsp dry prawns (pounded)
6) salt & anchovies stock powder
C - Garnishing:
1) Red chilies - removed seeds, finely shredded
2) Spring onion leaves - finely shredded
Brass Baulu mould


How to make Kuih Cara BerlaukUsed blender to blend ingredients 'A' with water, pour in 1 cup then little by little to form batter until creamy smoothy. Strain batter and put aside.
Heat oil in a saucepan, fry onion and garlic until fragrant arise. Add curry powder and minced meat. Fried meat until cooked and dry.
Lightly grease the baulu moulds with corn oil and place them in a preheated oven at 250°C.
Spoon just enough batter into the preheated moulds. Covered mould and bake for 2 mins.
Used tea spoon to place the filling in the center batter. Covered mould and cook until batter fully cooked or turn light brown then garnish with shredded chillies and spring onion leaves.
Serve hot.


Ikhlas- Qaseh Kita

Saturday, June 11, 2011

TAHNIAH KAK NANA DAN ABG CHOT ATAS KELAHIRAN MIA ZAHIRAH MANSUR

Tahniah kepada kakakku kak nana, atas kelahiran baby kedua Mia Zahirah Mansur.. Comel sangat..
Selamat berpantang akak.. semoga cepat sembuh luka dan berpantang dengan tenang..


Papa penyayang.. abg chot dan baby baru...


Cute nya Mia..


Nyenyaknya mia tidur


Tak sabar nanti nak gi melawat Mia ngan kakak Qaseh, babah Hafizd, Bah ibu dan Tok ayah


Like this pic...sweet moment.. Dad and baby..


Comel3


Manja anak mak..

Mia..

Qaseh ibu membawa ke syurga...



Ikhlas- Qaseh Kita

Friday, June 3, 2011

MENANTI HARI MELAHIRKAN

Buat kakakku yang amat disayangi, selamat menanti hari melahirkan.. Semoga segalanya akan selamat dan baik2 sahaja.. Kami akan ke Melaka nanti untuk melawat kak nana sekeluarga dan baby baru nanti insyaallah...bersama2 ayah dan ibu..




Ikhlas- Qaseh Kita

KU RINDU FAMILY DI MELAKA

Lama rasanya tak balik Melaka (Kampung ayahku) di sebabkan banyak perkara yang tak dapat dielakkan tp Melaka tetap dekat di hati...

Antara sanak saudara yang ku rindu di Melaka dan lain2nya yang tiada gambarnya di sini.. jauh di mata tp dekat d hati..

Gambar ni pun ku cilok dr fb abg ipar ku... hahahah


of course kakakku.. sama tak muka kami.. haha... beliau lebih mirip ibuku.. sebiji macam ibuku masa muda2...

Abang ipar dan anak saudaraku.. abg chot dan zikry


Ibu dan bapa saudara ku yang paling baik dan lembut...serta penyayang busu sarip dan busu chik(busu rema-adik ayahku)
Cik besar (ibu saudaraku- kakak ayahku)


cosinku yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan 31 May lalu - Huzair dan isteri
Busu Bachik (abg ipar ayahku)



Ikhlas- Qaseh Kita

Thursday, June 2, 2011

TAHNIAH ANGAH DAN AZIE

Tahniah atas kelahiran Nur Qaisara Husna Binti Muhamad Fiqree..


Ikhlas- Qaseh Kita