JOM FOLLOW ME

Saturday, April 30, 2011

KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD S.A.W

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."Khutbah ini disampaikan pada 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar. maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil. Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan belemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. Wahai manusia, dengarlah bersunggah-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji' sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh. Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya. nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu...

Wednesday, April 27, 2011

MAMA TEMBAM DAH

Haha.. tembamnya ku walaupun baru pregnant 4 bulan..

Gambar ni diambil pada hari sabtu yang lepas sewaktu menghadiri majlis pertunangan memberku di Sungai Petani, Kedah.

Alhamdulillah kini aku semakin berselera makan, asyik nak makan jer kerjanya..

Takutnya aku pergi next maternity check up..berapa KG pulak naik agaknya...

SAYANG AYAHKU,1 DALAM DUNIA DAN AKHIRAT

Hari ini terlintas di hati untuk bercerita tentang ayahku yang tersayang. Usiaku sekarang sudah pun menginjak 29 tahun, dan sekarang telah pun mempunyai seorang cahaya mata tapi aku masih merasakan aku seperti seusia anakku bila berada di samping ayah.Bagiku ayahku adalah seorang ayah yang terbaik di muka bumi ini.

Kasih ayahku selalu ku rasakan walaupun ke mana aku pergi..Sejak kecik lagi, ibu slalu kata ayah memang ringan tulang, semasa ibu dalam pantang ayahlah yang sangat mengambil berat walaupun pada masa tersebut beliau kerja siang(kerja kerajaan) dan malam(part time)
sebagai waiter di hotel, tetapi pakaian kami adik beradik, mengemas rumah, mengelap tingkap, mengemop rumah sempat diuruskannya.. Itulah kata orang "kalau hendak seribu daya"... Ibu jugak selalu kata yang ibu amat bertuah kerana dapat ayah seorang suami yang sangat baik..walaupun ibu hanya suri rumah sepenuh masa.. ayah hanya membenarkan ibu menjaga anak2, dan memasak sahaja ,urusan lainnya ayahlah yang banyak membantu.. dan kerajinan ayah tu sampai sekarang tak pernah berubah..suami ku juga selalu memuji sikap ayahku yang memang rajin itu dan hubungan beliau dengan ayahku jugak sangat rapat..

Ayah memang sangat penyayang terutama pada anak menantu dan cucu-cucunya.. boleh dikatakan 2 hari sekali ayah pasti menelefonku,suami dan qaseh bertanyakan khabar.. Ada sahaja nasihat yang diberikannya.. beliau sangat mengambil berat.Contoh pada minggu lepas.. ayah bukan sahaja sentiasa ingat tarikh lahir anak2nya , malah menantu2nya juga..Ayah wish birthday pada kak eda(kakak iparku). Beliau juga boleh ingat keempat2 tarikh cucunya dilahirkan .. Begitu besar kasih ayahku..Pada hari jadi suamiku juga setiap tahun , ada sahaja kek dan hadiah menunggu..(maklumlah kami tinggal berdekatan juga Taiping-Penang) hinggakan suamiku selalu rasa terharu dengan layanan baik ayah dan ibuku..yang sememangnya tak pernah pilih kasih antara anak2 dan menantu2nya.

Asal sahaja kami balik ke kampung, ada sahaja makanan kegemaran kami disediakannya, ayah pasti belikan nasik lemak kegemaranku, mencari tempoyak supaya ibu masakkan gulai tempoyak kesukaanku, kari kepala ikan buat suamiku dan ayam goreng buat cucundanya,Qaseh..Ayah jugak slalu ingat pada anak2, menantu dan cucunya yang lain yang jauh di mata (di bintulu, di melaka dan di klang).Selalu meluahkan rasa rindu pada dorang jugak..tetapi rindu itu terubat jugak kerana kami semua kerap menghubungi antara satu sama lain.

Baru2 ini ku balik ke Taiping walaupun sekejap..sempatlah jugak kami sekeluarga bermanja dengan ibu dan ayah...aku sedih bila dapat tahu ayah sekarang kerap sakit dada (akibat merokok, mungkin).. Susah dan sebak di hati melihat keadaan ayah begitu.. Risau dengan keadaannya.. tambahan lagi ibu dan ayah hanya tinggal berdua, ibu pulak memang kerap sakit(kencing manis-kekadang gulanya naik, kekadang pitam kerana gulanya rendah).. Apa yang harus lakukan.. nak bawa ke klinik, beliau menolak..Hanya mampu menasihatkan beliau supaya kurangkan merokok..Tidur malam ku kini jugak tidak lena kerana teringatkan keadaan ayah sebab ayah bukanlah jenis suka mengadu dan memberitahu tentang kesusahan dan sakitnya.. Aku dan ayah memang selalu dekat di hati.. apa sahaja yang dirasakannya dapat kurasakan melalui naluriku sebagai anak tanpa perlu ayah menceritakan apa-apa..Ku tahu apa sahaja yang dipikirkan dan dirasakannya..

Hari2 ku rindu ayah, bila usia ayah dan ibu semakin meningkat, macam2 yang ku pikirkan.. Hari2 ku berdoa yang terbaik untuk ayah dan ibuku...semoga Allah panjang kan usia mereka, sihatkan tubuh badan mereka selalu..murahkanlah rezeki mereka dan sentiasa melindungi mereka.

Aku berjanji pada diriku.. apa pun yang terjadi aku akan sentiasa menjaga kebajikan ibu dan ayahku seperti mana mereka menjaga ku dengan penuh limpah kasih sayang sejak dilahirkan sehinggalah dewasa..selagi hayat di kandung badan.