JOM FOLLOW ME

Saturday, May 29, 2010

ConTest "Tidur Paling Comel" by InfantiaHouse

1)Jadi follower blog InfantiaHouse ... dah
2)Letakkan banner di atas di ruang sidebar blog anda...dah
3)Copy & paste tajuk entry anda seperti diatas dan pastikan buat link dah
ke..http://infantiahouse.blogspot.com/2010/03/contest-tidur-paling-comel-by.htmlterus ke blog InfantiaHouse...
4)Letakkan Gambar anak yang yang berumur 0 - 4 tahun. dah
Nama: Qaseh Nur Alya Syuhada
Umur: 1 tahun 8 bulan
Tarikh lahir: 12/9/08
Warna kesukaannya: Ungu/Biru
5)Gambar tu mesti gambar bayi yg tengah tidur nyenyak bersama bantal. ( tak kisah la nak aksi mcm mana..yg penting dia sedang enak tidur dan aksinya mencuit hati...) dah
6)Baby tu tak semestinya anak anda..letak anak sape2 pun boleh, yang penting baby tu mesti ada pertalian darah dengan anda. yer..anak
7)Letakkan juga nama, umur, tarikh lahir dan warna kesukaan dia (untuk hadiah nanti) dah
Dan jgn lupa, tinggalkan link utk penyertaan anda dalam comment box dlm entry ni...
Disebabkan beberapa permintaan dan ramai yg baru tahu contest ni..pihak syarikat telah bersetuju untuk melanjutkan lagi contest ni sehingga 31 Mei 2010 jam 11.59mlm
~~ cepat2 jgn lambat yer....

ANAK DARA MAMA TUNJUK BAKAT???

Inilah ragam anakku semalam..
Dia memang mudah meniru perlakuan orang lain...Lihatlah apa tutorial dia semalam..
Mula2, siang ikan...

Then bersihkan ikan...

Dah betul2 bersih simpankan kedalam bekas

Kemudian tutup...dan tinggalkan ikan yang hendak di masak sahaja...
Qaseh..Qasehh

Thursday, May 27, 2010

QASEH DAN BABAH

Qaseh dan babah..meluangkan masa bersama
Dak cik naik gajah..


Gajah...gajah

Dak manja ngan babah dia

memang manja, jangan berlemak sudah..

babah tunggu, tunggulah anak dia

wah..naik gelongsor

Syoknya..
Penawar hati babah

BUAH HATI PENGARANG JANTUNG

Anak semakin membesar, banyak ragamnya yang mencuit hati...
Semalam , balik kerja sajalah mama nak masak nasik goreng untuk Qaseh...
Qaseh nampak mama turunkan lesung batu, dan2 dia nak tolong tumbuk...
Baguslah anak dara mama ni, rajin tolong mama...nak makan nasik goreng, bawang tumbuk sendiri...huhuu
sayang Qaseh nak..
Inilah buah hati pengarang jantung..Yang peningnya, malam tadi , lepas tukar pampers nak lah pakaikan baju, dia lari ke sana sini...last2 dia nampak tabung coins dia, apa lagi..dia buat kira duit coins dia pulak...pujuk2 pakai baju cukup taknak, sampai dia terlelap barulah berjaya pakaikan bajunya...sebab malam tadi memang panas sangat..Tukar pampers pagi ni jumpa 70 sen dalam pampers...Qaseh..Qaseh...

Wednesday, May 26, 2010

SYANG ISTERI TINGGAL2KAN?

What a happy day!!!
Kadang2 bila pikir2 semula macam releven jer kata2 itu...
Sejak berlainan shift ngan babah qaseh dan jarang berjumpa, membibitkan rasa rindu sangat..
Rasa macam baru bercinta lah pulak..
Mana tidaknya,macam lunch semalam..babh qaseh ambik kat tempat kerja sekejap, then kami keluar berdua...makan hot plate pun kongsi berdua...pegang tangan pun dah rasa ada "current"..huhu...

Pagi ni ku datang kerja lewat sedikit...semata2 tunggu babah Qaseh sekejap , then kami makan bersama...babah Qaseh suapkan lagi dengan tangan, kongsi satu pinggan.Rasa macam dimanja2kan pulak....tengah2 makan, sedihlah jugak rasanya ,selalunya bila babh qaseh suap makan, Qaseh pun disuap sama ..tapi pagi ni macam biasalah qaseh dah ku hantar ke umah mak pengasuhnya.... .....

Aku, siapa dapat hadiah coklat lagi....
Thanks Sayang...


Tuesday, May 25, 2010

PERSEFAHAMAN AMAT PENTING


Hidup ini memang indah sekiranya adanya sefahaman dan tolak ansur antara satu sama lain..

Begitulah jugak hidup kami sekeluarga kini, perubahan waktu kerja menjadikan hidup kami kelam kabut pada mulanya, namun atas dasar sefahaman, tolak ansur hormat menghormati kerjaya masing2 ..."segalanya bisa diatur"

Bayangkan kadang kala suami kerja malam bermula pada 7pm ke 7am, dan aku pula 7am ke 7pm ...kadang dalam seminggu memang kami tak berjumpa..hanya note di belakang pintu dan telefon lah communication kami...pada mulanya memang agak sukar menyesuaikan diri. Bayangkan bila tidur TIADA teman di sisi, dan husband pulak biasanya ada org beleter hari2, tapi sekarang..jaranglah dapat dengar orang berleter...Tapi bila cuti bertembung kami akan pastikan priority our family first...dan sekarang kami sedaya upaya memastikan every month mesti balik kampung sekurang2nya sekali...maklumlah..kedua2 kampung dekat jer ..Alor Setar dan Taiping...Tapi mujurlah ayah dan ibuku memahami..agak mereka rindukan kami,terutama Qaseh, mereka pasti sampai ke rumah..Maklumlah kamilah anak2 yang terdekat, yang lain semuanya jauh2..Kadng2,ibu dan ayah balik hari sebab mereka pun ada komitmen masing2.

Dalam hal ini, Cik putehlah paling kesian, mana taknya jarang dapat jumpa mama dan abahnya dalam satu masa..Di sini peranan ibu amatlah penting untuk mengisi segala kekurangan...akulah yang selalu bawa anakku jalan2 naik kreta, ke market, ke Giant , taman permainan...Kesian babah Qaseh berhempas pulas mencari wang untuk menampung keluarga kami, ditambah jadual kerjanya yang agak ketat.Kadang2 waktu rehat sendiri pun tak cukup.Inilah namanya pengorbanan mama dan babah dalam membesarkan Qaseh....Syukurlah aku hanya berkerja 3 hari sahaja seminggu...dan banyak masa terluang dalam memberi perhatian kepada cik putehku dan aku akan menggunakan masa tersebut sebaik2nya...

Namun disebalik hal ini, banyak juga kata2 di belakang yang kami dengar mengenai kesibukkan kami dan bermacam2 lagilah..Jangan ingat kami tak tahu dan tak dengar!.kalau nak di kata satu persatu pasti ada yang tak tahan pedas sebab makan cili......

Jadi biarlah..

keluarga kami,

"kami handle it".

Jagalah keluarga masing2. Semuakan ada masalah sendiri..

Kadang2 tak juga salahkan orang lain maybe ada positive part yang boleh diambil...mereka tak facing this problem, mereka tak faham..

Apa pun...yang penting kami bersatu hati, memahami antara satu sama lain dan tahu apa yang kami lakukan.

yeertak???

Aku berdoa semoga Allah ampunkan dosa kami, Permudahkan laluan kami ,Murahkan rezeki kami dan kuatkan iman, kasih sayang dan kebahagiaan keluarga kami. Moga ia berkekalan dunia dan akhirat..

Amiin..

Monday, May 24, 2010

THANKS QASEH KEJUT MAMA


Pagi ni kurasa lucu sangat, sampaikan tengah driving dalam kreta hari ni pun dok tergelak sensorang, mana tidaknya mengenangkan telatah cik putehku pagi tadi..

Nasiblah ada cik puteh kalau tak memang mama x bangun ler nak gi kerja...dah lah dengan period pain yang buat sakit belakang ni...

Malam tadi babah Qaseh kerja malam....macam biasalah ku , kalau babah Qaseh tekder alamatnya tak boleh nak tido ler...dah nama penakut...tu ar banyak sangat tgk cerita seram... Semua lampu dalam rumah ku pasang, kecuali bilik tidurku.(cik putehku ni tak boleh tido kalau tak tutup lampu)..tapi biar pintu terbuka, so cahaya masuk jugak lah ke dalam sedikit..Patutnya kena tido awal sbb esok masuk kerja pukul 7 pg..

So nak hilangkan keresahan tak boleh tido tu, pasanglah tv...cik puteh dah lama tido...tengoklah tv...entah bila ku lelap pun tak sedar...sedar2 dah pukul 7pagi.. sedar tu pun bila ku rasa ada orang cucuk dalam hidungku..buka2 mata tgk cik puteh tergelak2...tgk jam dah pukul 7pagi..emh ..apa lagi macam kartunlah kelam kabut...lepas buat susu kat cik puteh dan salin pampers, antar dia dulu kat umah jiran(pengasuhnya)...then sempat lagi ni sidai kain cuci malam tadi sambil masak burger atas dapur,mandi2 semua dah siap bekal...start kreta gi kerja.. sampai kerja ni tadi pun pukul 8am...lega..barulah rasa boleh tersandar dan breakfast ngan tenang..Mujur ada anakku sedarkan..macam paham2 jer semalam kata kat dia

"kejut mama esok tau, mama nak gi kerja..." dia kejut sungguh!!!

Saturday, May 22, 2010

KENNY ROGERS ROASTER

Seronoknya dapat makan malam di luar kadang kala,maklumlah...disebabkan kerja selalu busy... Kenny Rogers Roasters pulak tu..
Abah sajalah blanja sempena celebrate abah Qaseh dapat kerja baru..
Qaseh dah pandai pilih apa yang dia nak..
Cik puteh mama ni selalu tak mau senyum..

Tengok abah..senyum jerr
Cik puteh merajuk sampai baring atas meja..dia kata " nak ayaq", tapi ayaq lambat sampai

Last skali..ini sahaja yang boleh memujuknya..
" mama...Qaseh nak ammm.."
emh...sedap..
Ni favourite babah Qaseh
meh ma suap sikit..
abah..ma nak sikit..
ni favourite cik puteh..home made banana muffin
:)
Seronoknya..thanks abah..sayang babah..

Friday, May 21, 2010

KTM BUTTERWORTH-TAIPING

Sebenarnya gambar ni diambil sebulan yang lalu, yerlah disebabkan terlalu busy, tak sempat ler nak upload.Kitorang sebenarnya sajer jerlah nak merasa naik keretapi, Qaseh tak pernah lagi naik keretapi....so our destination mamaQaseh hometown....Taiping, Perak.
Abah, selepas beli tiket..


Pagi2 lagi kami dah keluar rumah, sebab keretapi akan bertolak pukul 7.30 pagi dari Butterworth dan dijangka sampai ke Taiping pada pukul 10.15 pagi..Qaseh lah yang paling seronok..

Abah baru naik..

Posing jap tepi keretapi

Cak!
Tengoklah dak kecik happy dapat 1 seat untuk dia..

Siap posing lagi cik puteh mama ni.

La..tukar tempat pulak ngan mama...
Last2 mama pun tukar tempat ngan abah...sebab Qaseh nak mama dok ngan dia.eekkeke
Kretapi dah mula bergerak agak laju...

Kapal2 kat perlabuhan Butterworth
Mama..tengah seronok lihat permandangan di luar..
Keretapi berhenti sekejap di Bukit Mertajam

Jarang dapat lihat permandangan begini..
Abah bawak Qaseh ronda kat bahagian kelas ke2
Check tiket..
Cik puteh hairan jer, tengok ada orang sembang ngan abah dia..

NI ler untungnya dok first class..makanan dan minuman disediakan..huhu
dapat kek lagi..
cantiknya pandangan sawah padi yang menghijau

sejuk mata memandang
Kawasan kampung di Bandar Baharu
Ada jugak projek2 pembinaan landasan kretapi masih dijalankan di luar
Ni kat Bukit Merah
Luasnya sungai ni..
Air surut..
Haha..nampak Tesco dan Taiping Sentral...dah tahu dah nak sampai destinasi kami
Alhamdulillah sampai juga...
Ramai juga budak2 sekolah naik kretapi nak ke Zoo Taiping
Huhu..tok ayah Qaseh dan siap menunggu
Rindu kat ayah.. dan ibu
Lokasi seterusnya....Kamunting...
Dah malam pun, nak pulang semua ke Penang..Keretapi bertolak pukul 7.45 mlm dan dijangka sampai ke Butterworth pada pukul 10.50mlm..
Dak cik mmg manja ngan tok ayah dia..
abah sedang menunggu keretapi
nanti qaseh rindu tok ayah
aku dan bondaku
tgk tu dak tu snok giler nak naik skali

bye ibu, bye tok ayah...
Qaseh dan babah
Ada budak nyanyi...tengah orang lain tido...


siap menari lagi