JOM FOLLOW ME

Monday, August 31, 2009

Neclace Boutique Giveaway 1










Contest ini adalah anjuran http://necklaceboutique.blogspot.com/
Tarikh giveaway : 29 Ogos - 4 Sept 2009
Jomlah rakan-rakan blogger kita hangatkan contest ni...
Cuba teka jumlah rantai yang ada dalam gambar kat atas
Nama: Wan Hanis
Nick Name: mamaQaseh
Jumlah rantai yang diteka: 37 utas rantai

CONTEST MODEL BERTUDUNG




















CONTEST INI ADALAH ANJURAN http://sarah-al-idrus.blogspot.com/

TARIKH TUTUP : 15 HB SEPTEMBER 2009

TARIKH PENGUMUMAN : SEMINGGU SELEPAS TARIKH TUTUP























CARANYA BAGAIMANA???
just send me gambar kamu bertudung yang fesyen-fesyen ke,selendang ke,tudung ekin ke,tudung bawal ke.
yang paling penting tudung dilabuhkan menutup dada(bukan semestinya kena pakai tudung labuh) tapi tudung yg dipakai(selendang,tudung ekin etc etc) mesti tutup dada anda ok???
Tiada tema dikenakan,tapi kalau anda nak buat tema sendiri nyatakan ok kat dalam emel.
Nama pertandingan ni adalah “ model wanita bertudung ”
Send gambar kat my email ssarahfadzil(at)gmail.coM
Pertandingan terbuka sehingga saya mengumumkan pertandingan telah tamat tempoh.
Gambar pemenang-pemenang akan disiarkan kat blog ni ok?setuju? bolehla gambar tu menjadi contoh pada muslimah yang lain pulak kan?
pertandingan dibuka kepada bloggers yang remaja perempuan,mak dara semua pun boleh.hehe

Contest 'Di Sini Kisah Coklatku Bermula' (Kategori pertama)













Contest ini dikendalikan oleh blog http://sitisifir10.blogspot.com/ dan
Kepada rakan blogger yang lain, apa lagi...jomlah menghangatkan lagi contest ni.





















Nama:Qaseh Nur Alya Shuhada Binti Muhd hafizd
Umur:11 Bulan
Anak perempuan saya, Qaseh juga seperti saya juga amat menggemari coklat. Tengok sajalah aksinya bila dapat makan coklat, sampai comot.

hadiah pula ditaja oleh http://coklathalal.com/

Hadiah pertama : Praline Chocolate : Super Premium Chocolate (48pcs) + Panned Chocolate
Hadiah tempat kedua :Praline Chocolate : Premium Chocolate (32pcs) + Kurma Chocolate(24pcs)
Sebagai tambahan : Bagi entry pertama anda memasuki pertandingan ini, jika anda ingin membuat belian, anda layak mendapat 10% diskaun untuk semua coklat aidilfitri

format pertandingan ini ialah...
Anda wajib meletakkan http://coklathalal.com/ dan http://coklathalal.blogspot.com/ di bloglist anda Done
Sila upload banner pertandingan ini di sidebar anda dan link kan gambar itu ke link contest ini (http://sitisifir10.blogspot.com/2009/08/contest-di-sini-kisah-coklatku-bermula.html) Done
Contest ini dibahagikan kepada dua kategori. Satu entry adalah untuk satu kategori sahaja. Jika anda teruja untuk masuk kedua-dua kategori sekali, sila letakkan dua link ke entry anda dalam kotak komen ini. Tajuk entry anda hendaklah - Di Sini Kisah Coklatku Bermula Done
Kategori pertama - anda dikehendaki meletakkan gambar seseorang yang berkaitan dengan anda dengan coklat. Tidak kisahlah gambar anda dan coklatkah, anak anda dengan coklatkah...pastikan yang di dalam gambar itu ada berkenaan (hubungan) dengan anda. Satu entry adalah untuk satu gambar, jika ada gambar yang berbeza, sila buat entry yang lain. Done

Friday, August 28, 2009

CONTEST JOM MAIN AIR BERSAMA..




















Contest ni adalah anjuran http://kakyong72.blogspot.com/

Tarikh tutup pada 29 Ogos 2009, cepat rakan blogger, jangan ketinggalan...

Nama anak: Qaseh Nur Alya Binti Syuhada
Umur: 11 bulan
Nama bapa: Muhamad Hafizd Bin Abdul Halim
Anak kami Qaseh, memang suka bermain air, tambah-tambah lagi kalau di bawa ke kolam renang, cukup seronok. Biasanya Qaseh akan diletakkan ke dalam pelampung untuk keselamatan dan sentiasa dikawal dan dijaga oleh mama atau abahnya.
Antara tips-tips yang dapat kongsikan bersama semasa bermain air ialah:
1. pastikan anak anda bermain air dalam kondisi dan keadaaan yang selamat
2. Pastikan sentiasa diawasi oleh ibu bapa atau orang dewasa,
3.Pastikan pakaian , peralatan yang digunakan selamat semasa bermain.
Dikongsikan juga tips-tips untuk menarik minat si kecil bermain air ialah:
1. Pastikan moodnya dalam keadaaan baik
Tunjukkanlah keseronokkan kepadanya bermain air
Gunakanlah alatan atau mainan semasa main air ynag mana mainan tersebut amat menarik dari segi rupa dan warnanya.
















Gambar ni diambil sebelum main air, baru jer masuk kolam renang. Qaseh main air dengan abahnya

















Lihatnya Qaseh seronok bermain air bersama abahnya.
Antara penaja untuk contest ini ialah:-











































Thursday, August 27, 2009

BATU FERINGGI, TANJUNG BUNGAH














Seminggu sebelum menyambut bulan ramadhan, kami habiskan hujung minggu dengan berjalan-jalan , tenang-tenangkan fikiran..












Tenang dan damainya rasa dapat menghabiskan masa hujung minggu bersama orang tersayang...



Luaskan laut sayang...
Syoknya angin laut...

Posing lagi.....


Japgi kita gi tengok snake show..
Wah...ramai gak pelancong tengok snake show

Qaseh, abah panggil...

Cak..

Ayang, nak naik kuda ker kejap lagi??Tapi cuaca agak panas lah..


Watersport,Batu Feringgi

Miami Beach Baywatch Tower
Abah, nak mandi laut...
Nak ikut mana yer?

Jom makan rojak dan jagung bakar di pantai MIAMI, Penang


















Abah, Qaseh nak aiskrim lagi....

Tengok...monyet yang dapat.dah memang namanya rezeki monyet tu agaknya..
MORAL dari kes ni, kalau gi Taman Bunga Penang, janganlah bawa makanan, nanti monyet tu kejar selagi tak dapat.
Tapi hairan jugakkan, stall orang yang berniaga buah dan airkrim kat pintu gate depan tu tak pulak kena serbu dengan monyet2 ni...heran????
Posing dulu...
Qaseh...seronoknya naik basikal..

















Tenangnya rasa bila tengok macam2 jenis pokok dan bunga..

















Bunga ni pun cantikkan



















Snap ayang..


















Antara bunga-bunga yang ayang snap..

Kesian dahagalah pulak budak manja ni...kita minum dulu..


















Mama...bestnya duduk atas belakang abah..

Qaseh dah boring naik basikal, naik atas belakang abah pulak










Qaseh: habis dah round taman bunga...

Tuesday, August 25, 2009

Dayang's Giveaway....
















Giveaway ni adalah anjuran blog http://dmasyri.blogspot.com/ .Beliau akan menggunakan Mr. Random Generator untuk memilih pemenang
Tarikh tutup pada 31 Ogos 09
Kepada rakan2 blogger yang lain, jangan terlewat tau.
Kalau diberi peluang untuk dapat giveaway ni, saya sukakan cross stitch patterns.. sejak dari kecil lagi saya memang meminati hiasan cross stitch patterns dan dan barangan hasil dari mengait dan harapan saya pula minat ini akan turut dapat dikongsi oleh anak 2 saya nanti.
Dayang, barangan yang u jahit ni memang menarik , dan boleh menarik perhatian kanak-kanak. Lihatlah dengan gambar haiwan, abjad dan warna yang ditonjolkan pasti menarik perhatian sesiapa sahaja terutama yang meminati jahitan ini.
Kalau dapat kat anak saya (Qaseh-11 bulan), pasti dibeleknya.. kerana apabila diberikan buku atau barangan dengan bercorak timbul dan warna yang menarik pasti lama dikaji dan disentuhnya...
Untuk pengetahuan Dayang, saya pun dah add as your follower and kept your blog as a friend.
Kepada rakan yang lain, jomlah join...rugi tak join tau..

QASEH GELAK

Sunday, August 23, 2009

Riang Ria Raya Contest




















Contest ini adalah anjuran BLOG Yanmie dan kepada blogger- blogger yang lain, jomlah join contest ni dan buatlah entry tajuk Riang Ria Raya Contest

















Gambar ini diambil pada tahun lepas, di rumah tok, masa ni ku masih dalam pantang.
Meriahnya masa ni, ramai cucu-cucu tok berkumpul untuk mengambil duit raya.hehehe..
Contest ini bermula dari hari nie 18.08.09 sehingga 01.09.09,

Happy Family Contest





















Contest ini dianjurkan oleh BLOG iedaLUVsham .Kawan-kawan sekalian, jomlah menghangatkan lagi contest ni.

















Ini adalah gambar kegemaranku, setiap kali melihat gambar ni ku rasakan bahagia sangat.
Untuk rakan-rakan yang lain, jangan lupa,

CONTEST BERMULA 11 OGOS - 12 SEPTEMBER 2009KEPUTUSAN AKAN DUMUMKAN PADA 14 SEPTEMBER = BETEDAY PENGANJUR!!

Contest Kenangan Berpuasa



















Contest ni adalah anjuran http://mamamanja79.blogspot.com/ yang bermula

pada 22 Ogos 2009 jam 9.00 pagi
dan akan berakhir pada
10 September 2009 jam 5.00 petang
Keputusan akan diumumkan pada
14 September 2009 jam 9.00 pagi.

Bila mengenangkan kembali tentang kenangan berpuasa buat kali pertama membuat kan aku kembali ke zaman kanak-kanakku. Boleh juga dibanggakan pertama kali aku puasa penuh ketika umurku 6 tahun.Inilah hasil didikan ibuku yang begitu garang.Tapi yang seronoknya, ibu telah memberikan galakan kepadaku, dengan sehari aku berpuasa, aku akan diberikan RM1.

So aku pun apa lagi, taknak tinggal puasa, nanti duit pun x dapat.

Ibuku juga cukup mementingkan disiplin dalam mendidik anak, masih terkenang lagi masa umurku 5 tahun,disebabkan aku tidak berpuasa, aku tak dibenarkan sama sekali duduk makan dengan orang yang berpuasa, dan sejak hari tu aku pun cuba berpuasa walaupun separuh hari supaya dapat merasa keseronokkan makan beramai-ramai ketika berbuka puasa dan tidak mahu diasingkan.Banyak juga yang dapat ku pelajari dari bulan puasa tersebut, keseronokkan mengerjakan sembahyang terawih dan morey bersama jemaah yang lain.

Banyak juga kenangan manis yang lain pada bulan ramadhan ni, terutama ketika bangun sahur. Kenangan manis yang paling melucukan,masa kecil2 aku cukup susah bangun sahur, kadangkala sampai kena marah, bila sampai di meja makan pun boleh tertidur sampai muka tertumus ke dalam nasi.Lepas makan pula kena tunggu sampai azan subuh untuk sembahyang subuh, dulu inilah perkara yang aku cukup lekit,sampai kena tarik telinga..tengah sembahyang pun gedebuk boleh jatuh kerana terlalu mengantuk..hahaha...

Kadang2 lepas balik sekolah sementara nak menunggu waktu berbuka puasa, mulalah mengadu dengan ayah"ayah, tak tahan laparlah ayah, rasa macam nak mati". ayah pun suruh sabar, lagi sejam sahaja sambil tersenyum simpul.Bila di sekolah juga tengok ramai di antara kawan2 yang tak puasa, tapi mujurlah kuat juga semangat bila mengenangkan kata2 ibu."Orang yang berpuasa Allah sayang".Tiap2 petang ada saja ganjaran untukku kerana berpuasa,ayah akan belikan air tebu untukku berbuka.Begitu juga menjelang raya, kami kan sama2 membuat kuih raya, terutama biskut Y dan kuih dam kegemaranku.Baju raya juga pasti ada untukku.
Paling tidak dapat dilupakan kenangan bermain bunga api dan mercun bersama kawan2. Ada juga antara kawan2 yang tercedera kerana mercun dan bunga api.Mujurlah kami tidak terkena apa-apa

Kepada rakan-rakan yang lain, jomlah hangatkan contest ni.....